Thursday 24 November 2011

Mengapa Mesir Bergolak Kembali?

Siapa yang tidak mahukan negara aman?
Siapa yang mahu negara mereka bergolak?
Jadi atas dasar apakah lagi Mesir kembali bergolak?



Memang naluri manusia yang mahukan kebebasan dan keadilan. Tetapi sering kali kebebasan dan keadilan perlu dibayar dengan darah. Sejarah telah buktikan.

Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah perasaan tidak puas hati rakyatnya yang mahukan pemerintah junta tentera mengembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Dua punca yang mungkin menyebabkan pemerintahan junta tentera sukar untuk melepaskan kuasa kepada rakyat ialah:
  • Junta tentera mula gilakan kuasa dan mahu memerintah Mesir memandangkan segala alat dan kuasa ketenteraan berada di tangannya.
  • Junta tentera menerima tekanan Israel untuk melambatkan ataupun menggagalkan proses penyerahan kuasa kembali kepada rakyat memandangkan jika pilihanraya diadakan kemungkinan untuk parti dikuasai Ikhwanul Muslimin akan menang amat tinggi. Kalau ini berlaku, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan lebih mudah menerima bantuan kemanusiaan melalui Mesir selepas ini. Perkara ini amat dibenci Israel.
Dua sebab diatas cukup untuk  menjawab kenapa hingga ke hari ini junta tentera gagal kembalikan kuasa kepada pemerintahan awam.

Sumber: blog zamanmuda

0 comments:

Post a Comment