Friday 30 December 2011

Aura Linda Onn tak luntur

PEMINAT menjadi tunjang kekuatan sese?orang artis. Merekalah yang ‘berkuasa’ dalam menentukan turun atau naik populariti seseorang itu. Sebagai tanda ucapan terima kasih pula, artis sering mengungkap?kan penghargaan terhadap sokongan mereka apabila memenangi sesuatu anugerah.

Ibarat aur dengan tebing, begitulah eratnya hubungan artis dan peminat. Tidak terkecuali Linda Onn yang sehingga kini masih mengekalkan popularitinya dalam kelompok penyampai radio paling popular Malaysia.

Biarpun dihambat dengan kemunculan ramai pe?nyampai radio ‘junior’, aura selebriti berusia 34 tahun ini masih hebat.

Siapa sangka, Linda sangat beruntung kerana di kalangan jutaan peminatnya terselit seorang warga emas yang begitu meminatinya sejak dia bersama Era FM lagi sehinggalah Linda beralih angin menyertai Suria FM, awal 2010.


Memang nenek yang dimaksudkan, Wan Serimas Wan Jusoh atau Mak Wan, 80, turut rajin mengumpul gambar-gambar Linda.


Tanpa menunggu lama selepas diatur, Linda bersama penyampai Suria FM lain iaitu Halim Othman, Myra dan Bob Ringgo terus bergegas membuat ‘kunjungan hormat’ bagi meraikan Wan Serimas yang mesra dengan panggilan Mak Wan di kediamannya di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur. Pertemuan ini menceriakan hati Mak Wan yang baru menjalani pembedahan membuang katarak di matanya.

“Saya sangat tersentuh apabila dimaklumkan bahawa Mak Wan cukup minat dengan saya sehingga dalam almarinya terpampang banyak gambar saya. Dari situlah saya tergerak hati untuk melawat Mak Wan kerana mahu lihat sendiri kebenaran cerita itu.

“Saya juga bawa sekali pasukan Suria FM untuk lebih menggembirakan hati Mak Wan. Apabila berjumpa sendiri dan bermesra dengannya, saya rasa sangat berbesar hati. Bukan saja kanak-kanak, remaja, malah warga emas seperti Mak Wan juga suka mengikuti siaran radio,” kata Linda.

Tambah Linda lagi, sememangnya ini pengalaman baru kerana dia tidak pernah berkunjung ke rumah peminat. Biasanya, peminat dari jauh akan datang berjumpanya di restorannya.

“Apabila ada peminat meluahkan keinginan mereka untuk berjumpa, saya biasanya akan ajak mereka bertemu di restoran kerana lebih senang. Jadi kunjungan saya ke rumah Mak Wan lain daripada biasa dan lebih peribadi. Sebabnya, saya nak tengok sendiri gambar yang berada dalam simpanannya.

“Saya terfikir juga yang perkara ini boleh dibuat selalu. Memang ada kunjungan begini dibuat seperti ketika sambutan hari raya. Mak Wan seronok dengan kedatangan saya. Insya-Allah, saya boleh buat lagi lawatan ke rumah peminat secara berterusan,” katanya yang turut menghadiahkan barangan seperti telekung dan sejadah buat Mak Wan.

Linda yang bermurah hati menaja nasi ayam daripada restorannya untuk semua tetamu akui pertemuan dengan Mak Wan menyuntik sema?ngat baru kepada penyampai radio seperti dirinya.

Tidak lengkap juga kalau bertemu Linda, tetapi tidak bertanya me?ngenai azam tahunnya. Dia hanya mengharapkan yang terbaik dalam semua bidang yang diceburi.

“Saya harap dapat menaikkan lagi bilangan pendengar Suria FM. Rangkaian restoran saya juga makin berkembang dengan pembukaan cawangan My Mom’s Chicken Rice Shop di Giant Cheras dan JB Sentral, Johor.

“Saya juga buka kedai urutan diberi nama My Kaki Jamu Shop di Giant Cheras. Doakanlah kejayaan saya.

“Dalam aspek pengacaraan pula, alhamdulillah ada juga stesen yang panggil saya untuk jadi pengacara. Cuma untuk 2012 saya teringin jadi hos untuk mana-mana program tetap seperti Sehati Berdansa dan Tanya Linda dulu,” kata Linda yang tidak putus-putus senyuman.

Sementara itu, Mak Wan pula akui dia begitu meminati Linda serta sa?ngat berbesar hati dapat bertemu personaliti pujaannya itu.

“Nenek selalu berdoa agar dipertemukan dengan Linda. Nenek sukakan dia kerana tingkah lakunya dan cakapnya yang peramah dan manja. Dapat dengar suaranya pun sudah cukup. Ungkapan ‘Assalamualaikum” Linda bagaikan buluh perindu. Nenek doakan Linda agar terus berjaya dan selamat,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

0 comments:

Post a Comment