Friday 30 December 2011

SOSEH SOSEH: Terpinga-pinga jumpa media

TERKEDU juga SS mendengar cerita daripada teman media SS yang berkongsi cerita sekumpulan peserta program realiti televisyen TV, baru-baru ini yang tidak diurus dengan cekap.

Sudah menjadi lumrah, semua peserta sesebuah program itu akan dikumpulkan bagi memudahkan jurukamera mengambil gambar untuk tujuan publisiti.

Namun, apa yang teman SS lihat pada majlis itu, tidak ada seorang pun daripada kalangan pihak penganjur memanggil kumpulan peserta tadi untuk bergambar secara sistematik menyebab–kan peserta tadi nampak hilang punca dan teragak-agak untuk naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

Kalau bukan kerana jurukamera sendiri yang memanggil dan memberikan arahan kepada mereka, semua peserta itu hanya akan terus terpinga-pinga dan berdiri kaku.


Mungkin juga peserta itu tidak diberikan arahan sebab ada yang anggap mereka semua sudah dewasa dan pandai-pandailah membawa diri. Namun pada pandangan SS, mereka semua masih baru dalam industri hiburan, jadi mereka perlu banyak bimbingan. Nanti kalau terlebih aktif, orang kata bersikap ‘over’ pula.


Dalam hal ini, pegawai perantara atau bahagian perhubungan awam (PRO) yang menguruskan mereka mestilah bersikap lebih proaktif dalam membantu kerjaya mereka sebagai artis baru. Rajin-rajinlah memberi mereka idea dan bimbingan kepada mereka untuk bertemu dengan pihak media.

Timbul pula rasa kasihan SS melihat peserta berkenaan. Ia bukanlah satu isu besar, tetapi sekiranya keadaan seperti ini tidak diambil berat, ia akan menampakkan kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.




Sumber Dari Harian Metro

0 comments:

Post a Comment