Harimau Muda Menang Pingat Emas Sukan SEA 26

Skuad bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) muncul pemenang pingat emas acara bolasepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta selepas menumpaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Kumpulan SEARCH bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (19 Nov), Johor Bahru (3 Dec) dan Kuala Lumpur (17 Dec).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday 31 December 2011

Dituduh tipu NFC

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berjumlah RM1.755 juta.

Shamsubahrin, 45, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.


Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, pada jam 6 petang, 20 November lalu.


Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan sehingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta.


Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini, antara 25 November hingga 6 Disember lalu.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan memerintah pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Ahmad Zamzani menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula.


Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili peguam J Rao.


Sumber Dari Harian Metro

Didera ibu angkat

ALOR SETAR: Tindakan seorang anggota polis wanita meminta jiran menjaga anak angkatnya berusia lima tahun kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan, membongkar perbuatan anggota polis berkenaan mendera kanak-kanak itu sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, kanak-kanak lelaki itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sejak petang kelmarin, kerana cedera di beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu angkatnya.

“Kanak-kanak itu cedera di kemaluan dengan kesan torehan benda tajam serta kesan lebam di bahagian mata dan badan sejak beberapa bulan lalu di rumahnya di Taman Derga Jaya, di sini.

“Difahamkan, mangsa dipelihara wanita berusia 30-an dan masih bujang sejak kecil dan tinggal bersama,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, kes penderaan itu terbongkar selepas wanita terbabit meninggalkan kanak-kanak itu di rumah jirannya kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Sumber Dari Harian Metro

Friday 30 December 2011

Elemen komersial masih perlu?

MEMANDANG perkembangan teater kita sepanjang 2011, bolehlah dibuat kesimpulan alirannya tidak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Jenama popular dan komersial masih lagi menjadi pilihan produser bagi menarik kehadiran penonton ke gelanggang teater. Nama-nama popular dilihat memainkan peranan penting apabila menyuntik nilai tambahan terhadap pementasan teater khususnya teater Melayu.

Istana Budaya (IB) nampaknya masih menjadi pilihan utama serta ‘lubuk emas’ bagi penggiat teater tempatan.

Ini terbukti menerusi kejayaan hebat yang diberikan terhadap beberapa teater seperti Lat Kampung Boy, Badai Semalam, Muzikal Tun Mahathir Musim Kedua, Terima Kasih Cinta, Sri Mersing, The Secret Life of Nora.


Pentas Panggung Sari tahun ini dibuka dengan Muzikal Tun Mahathir Musim Kedua terbitan CTRA Productions. Rentetan kejayaan cemerlang yang diraih menerusi pementasan pertama pada September 2010, ia dipentaskan lagi pada 21 hingga 30 Januari lalu. Pementasan kali kedua ini bagaimanapun tanpa Zizan Nin yang dulu melakonkan watak Dr Mahathir dan Erra Fazira (Dr Siti Hasmah).


Arahan Rosminah Mohd Tahir dengan skrip oleh Ismail Kassan, Muzikal Tun Mahathir Musim Kedua membariskan Esma Daniel, Ezany Nizarif, Elly Mazlein, Misha Omar, Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Azean Irdawaty.

Teater ini tidak sunyi dengan kontroversi apabila Zizan dikatakan menolak tawaran kerana mahukan bayaran lebih tinggi berbanding sebelumnya. Tempatnya digantikan Ezany Nizarif manakala watak Siti Hasmah digalas Elly Mazlein.

Ia berjaya menarik kehadiran 9,000 penonton dan mendapat kutipan hampir RM160,000.

Teater Terima Kasih Cinta terbitan Primeworks Studios menyusul di IB dan turut ditimpa kontroversi gara-gara masalah dalaman sesama pelakonnya.

Biarpun menerima pujian, produksi teater ini terpaksa berdepan dengan perang dingin antara Norish Karman, Farahdhiya dan Deja Moss.

Teater ini berdasarkan filem Cinta arahan Kabir Bhatia dan diarahkan Pat Ibrahim. Ia berjaya menarik 12,769 penonton dan dengan pulangan RM470,000.

Seperti yang dihebohkan sebelumnya, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal terbitan Tall Order Productions menjadi karya paling ditunggu-tunggu. Teater yang diangkat dari komik The Kampung Boy karya Datuk Lat ini sememangnya dekat di hati peminat dan berjaya menggamit bilangan penonton paling ramai iaitu 31,204 orang dengan kutipan tiket kira-kira RM3.8 juta.

Pementasan lain adalah Rebab Berbisik terbitan Jay Jazuil Entertaiment dan IB pada 8 hingga 11 April lalu. Ia menampilkan Rosnan Rahman sebagai pelakon utama dengan pulangan tiket kira-kira RM27,000.

Tidak ketinggalan dipentaskan, Kenangan Mengusik Jiwa... 60-an pada 27 Mei hingga 5 Jun lalu. Ia menampilkan Dafi, Ana Raffali, Iqbal Mazlan, Latiff Ibrahim, Siti Saida dan Halil Chik.

Ia turut menampilkan artis-artis veteran seperti Datuk Ahmad Jais, A Rahman Onn, L Ramlee, J Sham, A Halim, Husin Ismail, A Rozainie, Fatimah M Amin. Teater ini mendapat pulangan sekitar RM200,000.

Pementasan lain adalah Dreamgirls terbitan Broadway Academy (14 hingga 24 Julai). Barisan pelakonnya terdiri daripada Cheryl Samad, Azura Zainal, Ruzana Ibrahim, Elvira Arul, Tony Eusoff, Indi Nadarajah dan Dafi. Muzikal ini berjaya mengutip kira-kira RM480,000.

The Secret Life of Nora terbitan Enfiniti Vision Media pula dipentaskan pada 29 September hingga 16 Oktober lalu. Ia menyatukan Datin Seri Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Aznil Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusoff.

Cerita berkisar zaman kegemilangan panggung hiburan pada dekad 1960-an ini mengutip pulangan yang hebat juga iaitu sebanyak RM1.7 juta.

Badai Semalam juga mencatat kejayaan manis bagi penggiat teater tempatan. Ia adaptasi daripada novel terkenal Khadijah Hashim dan berlangsung pada 11 hingga 20 November lalu di IB.

Teater arahan Khairunazwan Rodzi ini mempertaruhkan Erra Fazira, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan Umie Aida dan ramai lagi. Seramai 16,233 peminat datang menonton dengan mendapat kutipan RM805,000.

Nadi perkembangan teater kita tidak bertumpu di IB saja kerana ada ramai lagi di luar sana memperjuangkan karya mereka secara bebas dan kecil-kecilan. Tanpa bergantung kepada nama besar dan publisiti mencurah, mereka tetap gigih mementaskan karya di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, auditorium Matic, Stor Teater DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) dan beberapa lokasi lain.

Manakala penggiat teater Inggeris pula lebih ligat berkarya di KL PAC, The Loft Lot 10 dan The Actors Studio. Tidak dilupakan juga peranan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang memilih mementaskan kisah bangsawan seperti Siti Zubaidah oleh Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP).

Begitu juga dengan peranan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) yang berterusan menghidupkan teater bangsawan agar tidak pupus ditelan zaman.

Menerusi Siri Semarak Bangsawan 2011, aktivitis teater dari seluruh negara diberi peluang mempamerkan bakat mereka di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Antara teater bangsawan yang dipentaskan adalah Merong Mahawangsa arahan Raja Azri Raja Kamaruzzaman (Raja Azrey).




Sumber Dari Harian Metro

SOSEH SOSEH: Bercinta hingga lupa dunia

ALAM percintaan memang indah. Apatah lagi, jika bercinta pada zaman remaja kerana semuanya memang indah atau tiada cacat dan celanya, ketika itu.

Tanyalah mana-mana pasangan bercinta, semuanya mengimpikan cinta sehebat Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun. Kalau cinta tidak hebat, masakan Shah Jahan sanggup membina kota Taj Mahal sebagai lambang cintanya yang agung buat isteri tercinta, Mumtaz Mahal. Itulah hebatnya penangan cinta sejati.

Namun, ada pula orang yang terlalu asyik bercinta hingga lupa dunia dan orang sekelilingnya. Kerja yang selama ini komited bertukar cincai dan sambil lewa saja. Itulah yang terjadi pada artis lelaki ini.

Kata rakan SS, sejak dilamun cinta, artis lelaki ini menjadi seorang yang tidak profesional dan tidak berdisiplin. Ketika berlakon di lokasi penggambaran drama, si artis sibuk melayan SMS dan telefon bimbit yang tidak pernah lekang dari tangannya.


Bila asyik dengan telefon bimbit, artis itu juga menjadi tidak fokus pada karakter dilakonkan dalam drama. Buat babak dalam drama itu pun asal boleh je.


Bukan rakan SS nak buat cerita sebaliknya ia luahan hati dua artis wanita yang pernah bergandingan dengannya dalam drama sebelum ini. Mereka berasakan artis lelaki ini juga tiada ‘jiwa’ pada karakter dan lakonannya turut menjadi hambar.

Justeru, artis wanita dimaksudkan kini tidak lagi berminat untuk bergandingan dengan artis lelaki itu pada masa akan datang. Tidak cukup dengan itu, artis lelaki itu juga sering datang lewat ke lokasi selama beberapa jam hingga pelakon lain tertunggu-tunggu kemunculannya di lokasi. Perkara ini sudah menjadi buah mulut di kalangan orang produksi di luar sana.

Kalau sekali dua lewat ke lokasi, mungkin orang boleh terima alasannya tapi kalau sudah kerap dengan pelbagai alasan, orang pun jadi meluat dan tidak percaya padanya lagi.

Tambah rakan SS lagi, artis lain pun bercinta juga tapi kehidupan dan karier tetap berjalan seperti biasa. Kepada artis itu, bangunlah dari terus dibuai cinta dan mimpi yang indah itu.

Ingatlah, belum tentu sesebuah percintaan itu berakhir dengan perkahwinan diimpikan. SS bimbang, jika artis itu hilang arah pula jika cintanya itu tidak kesampaian. Nanti semuanya tak ke mana.




Sumber Dari Harian Metro

Puntianak Puaka Bunga Tanjung

WASPADA...sentiasa pentingkan aspek positif apabila berada di lokasi penggambaran.
WASPADA...sentiasa pentingkan aspek positif apabila berada di lokasi penggambaran.

BAKAT dan emosi sewaktu berada dalam set penggambaran dimiliki bintang muda, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya.

Pada usia baru mencecah 17 tahun, siapa sangka gadis kacukan Kelantan-Siam ini sudah membintangi lebih 10 drama terbitan pelbagai produksi besar.

Lakonannya dapat dilihat menerusi drama bersiri Spa Q 1,2 dan 3, Ahmad Durrah, Datin Wanabe dan genre seram, Mistik Alam Hitam.

Bagi Nelydia, dia sentiasa mahu karakter lakonan dinamik dan mencabar diri sendiri. Tidak mustahil, satu hari nanti, dia bakal menggugat pelakon lain yang sedia ada.


Dalam lakonan terbaru menerusi drama bersiri untuk slot terbaru TV9 bertajuk Puaka Bunga Tanjung arahan Fairuz Loy, Nelydia diberi tugas memegang dua peranan sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba.


“Watak Mayang dan Sanur yang diberikan kepada saya adalah dua karakter berbeza dalam drama ini yang berlatarkan zaman 1960-an dan moden. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita yang bertukar menjadi puntianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar diri saya dan saya berazam memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Drama ini sangat berbeza kerana inilah kali pertama membawa watak yang tidak sama perasaan dan penampilan. Ia akan ditayangkan sebanyak lapan episod dalam sebuah program baru slot seram stesen TV9.

“Apa lebih menariknya, cerita ini juga mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Ia juga diselitkan kisah cinta yang mendapat tentangan,” katanya, kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Berbicara sewaktu ditemui pada sesi penggambaran drama terbabit di sebuah kawasan perkampungan tradisional Melayu di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini, Nelydia berkata:

“Pengalaman baru ditimba dalam drama Puaka Bunga Tanjung sangat menarik apatah lagu bergandingan dengan beberapa pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussin, Namron dan Fizz Fairuz.

“Saya tidak kekok kerana pengalaman bergandingan dalam drama Iqra’ bersama Abang Eman Manan dulu sangat membantu dan saya anggap Abang Eman seorang pelakon yang hebat,” katanya.

Berguru dengan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty dan Erma Fatima pula banyak membimbing Nelydia dari segi ekspresi, intonasi serta ‘mood’. Tambahan pula ia kisah klasik dan zaman moden yang sangat menarik.

Mengenai tawaran berlakon diterima, Nelydia berkata pada usia belasan tahun sekarang, perjalanannya masih jauh dan banyak lagi yang perlu diselami dalam menjadikan dirinya seorang pelakon serba boleh.

Selain itu dia juga terpaksa menempuh perjalanan hidup dengan begitu berhati-hati agar namanya tidak tercalar.

“Apatah lagi setiap pergerakan kita sekarang senang dirakam dan mudah disebarkan dalam internet menerusi pelbagai teknologi canggih diperkenalkan dalam dunia serba moden.

“Apa yang pasti, saya sentiasa mengambil iktibar daripada kes kakak yang pernah terbabit dalam kontroversi bersama seorang pelakon komedi sebelum ini.

“Ini antara panduan sentiasa berada dalam fikiran saya. Ibu bapa banyak memberi peringatan supaya tidak melanggar tata susila orang Melayu. Kalau boleh, saya tidak mahu terbabit dalam kontroversi dan mahu bersikap positif kerana sehingga kini, saya masih mendengar dan menerima tempias orang bercakap mengenainya hingga sekarang.

“Bagi saya, berkongsi pengalaman dengan pelakon orang lama banyak membantu mematangkan diri dan sentiasa memikirkan apa yang dimahukan untuk masa depan.

“Lagipun, ayah mahu saya melanjutkan pengajian dan jika boleh menjadi pelakon memiliki pelbagai ilmu dan mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu.

“Pendek kata, cari pengalaman dan ilmu sebaik mungkin kerana tidak mahu terburu-buru semata-mata mengejar glamor dan populariti dengan cara mudah tanpa memikirkan kesan jangka panjang,” katanya mengakui banyak berfikir daripada banyak sudut dan membaca buku novel untuk menimba ilmu.

Nelydia berkata lagi, dia tidak mahu tamak dalam mengejar impian menjadi pelakon kerana tidak mahu apa yang diimpikan atau dikejar berciciran.

“Paling utama sekiranya tidak bertembung jadual lokasi, saya akan memenuhi tawaran berlakon. Saya juga tidak mahu merosakkan skrip jika saya tidak mampu membawanya, saya akan berlaku jujur mengatakan tidak boleh dan jika boleh, saya kata boleh.

“Bagi saya rezeki tetap ada asalkan kita jujur untuk membina reputasi dengan cara terbaik dalam bidang seni walaupun bukan senang memuaskan hati semua orang,” kata pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Subang Jaya, Selangor ini.

“Saya mahu mendapat keputusan baik dalam peperiksaan SPM dan itu fokus paling utama sekarang. Mendapat penghormatan berlakon dan mempunyai peminat ketika di bangku sekolah juga membuatkan saya perlu bijak memikirkan masa depan yang saya rasakan tiba tanpa sempat berfikir langkah seterusnya. Apapun, faktor itu juga cepat mematangkan diri,” katanya.

PROFIL

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Nama komersial: Nelydia Senrose
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon Lakonan Drama dan Cerekarama: Spa Q 1, 2, 3, Ahmad Durrah, Datin Wanabe, Sirah Cinta, Pak Suman, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan




Sumber Dari Harian Metro

SOSEH SOSEH: Terpinga-pinga jumpa media

TERKEDU juga SS mendengar cerita daripada teman media SS yang berkongsi cerita sekumpulan peserta program realiti televisyen TV, baru-baru ini yang tidak diurus dengan cekap.

Sudah menjadi lumrah, semua peserta sesebuah program itu akan dikumpulkan bagi memudahkan jurukamera mengambil gambar untuk tujuan publisiti.

Namun, apa yang teman SS lihat pada majlis itu, tidak ada seorang pun daripada kalangan pihak penganjur memanggil kumpulan peserta tadi untuk bergambar secara sistematik menyebab–kan peserta tadi nampak hilang punca dan teragak-agak untuk naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

Kalau bukan kerana jurukamera sendiri yang memanggil dan memberikan arahan kepada mereka, semua peserta itu hanya akan terus terpinga-pinga dan berdiri kaku.


Mungkin juga peserta itu tidak diberikan arahan sebab ada yang anggap mereka semua sudah dewasa dan pandai-pandailah membawa diri. Namun pada pandangan SS, mereka semua masih baru dalam industri hiburan, jadi mereka perlu banyak bimbingan. Nanti kalau terlebih aktif, orang kata bersikap ‘over’ pula.


Dalam hal ini, pegawai perantara atau bahagian perhubungan awam (PRO) yang menguruskan mereka mestilah bersikap lebih proaktif dalam membantu kerjaya mereka sebagai artis baru. Rajin-rajinlah memberi mereka idea dan bimbingan kepada mereka untuk bertemu dengan pihak media.

Timbul pula rasa kasihan SS melihat peserta berkenaan. Ia bukanlah satu isu besar, tetapi sekiranya keadaan seperti ini tidak diambil berat, ia akan menampakkan kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.




Sumber Dari Harian Metro

Aura Linda Onn tak luntur

PEMINAT menjadi tunjang kekuatan sese?orang artis. Merekalah yang ‘berkuasa’ dalam menentukan turun atau naik populariti seseorang itu. Sebagai tanda ucapan terima kasih pula, artis sering mengungkap?kan penghargaan terhadap sokongan mereka apabila memenangi sesuatu anugerah.

Ibarat aur dengan tebing, begitulah eratnya hubungan artis dan peminat. Tidak terkecuali Linda Onn yang sehingga kini masih mengekalkan popularitinya dalam kelompok penyampai radio paling popular Malaysia.

Biarpun dihambat dengan kemunculan ramai pe?nyampai radio ‘junior’, aura selebriti berusia 34 tahun ini masih hebat.

Siapa sangka, Linda sangat beruntung kerana di kalangan jutaan peminatnya terselit seorang warga emas yang begitu meminatinya sejak dia bersama Era FM lagi sehinggalah Linda beralih angin menyertai Suria FM, awal 2010.


Memang nenek yang dimaksudkan, Wan Serimas Wan Jusoh atau Mak Wan, 80, turut rajin mengumpul gambar-gambar Linda.


Tanpa menunggu lama selepas diatur, Linda bersama penyampai Suria FM lain iaitu Halim Othman, Myra dan Bob Ringgo terus bergegas membuat ‘kunjungan hormat’ bagi meraikan Wan Serimas yang mesra dengan panggilan Mak Wan di kediamannya di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur. Pertemuan ini menceriakan hati Mak Wan yang baru menjalani pembedahan membuang katarak di matanya.

“Saya sangat tersentuh apabila dimaklumkan bahawa Mak Wan cukup minat dengan saya sehingga dalam almarinya terpampang banyak gambar saya. Dari situlah saya tergerak hati untuk melawat Mak Wan kerana mahu lihat sendiri kebenaran cerita itu.

“Saya juga bawa sekali pasukan Suria FM untuk lebih menggembirakan hati Mak Wan. Apabila berjumpa sendiri dan bermesra dengannya, saya rasa sangat berbesar hati. Bukan saja kanak-kanak, remaja, malah warga emas seperti Mak Wan juga suka mengikuti siaran radio,” kata Linda.

Tambah Linda lagi, sememangnya ini pengalaman baru kerana dia tidak pernah berkunjung ke rumah peminat. Biasanya, peminat dari jauh akan datang berjumpanya di restorannya.

“Apabila ada peminat meluahkan keinginan mereka untuk berjumpa, saya biasanya akan ajak mereka bertemu di restoran kerana lebih senang. Jadi kunjungan saya ke rumah Mak Wan lain daripada biasa dan lebih peribadi. Sebabnya, saya nak tengok sendiri gambar yang berada dalam simpanannya.

“Saya terfikir juga yang perkara ini boleh dibuat selalu. Memang ada kunjungan begini dibuat seperti ketika sambutan hari raya. Mak Wan seronok dengan kedatangan saya. Insya-Allah, saya boleh buat lagi lawatan ke rumah peminat secara berterusan,” katanya yang turut menghadiahkan barangan seperti telekung dan sejadah buat Mak Wan.

Linda yang bermurah hati menaja nasi ayam daripada restorannya untuk semua tetamu akui pertemuan dengan Mak Wan menyuntik sema?ngat baru kepada penyampai radio seperti dirinya.

Tidak lengkap juga kalau bertemu Linda, tetapi tidak bertanya me?ngenai azam tahunnya. Dia hanya mengharapkan yang terbaik dalam semua bidang yang diceburi.

“Saya harap dapat menaikkan lagi bilangan pendengar Suria FM. Rangkaian restoran saya juga makin berkembang dengan pembukaan cawangan My Mom’s Chicken Rice Shop di Giant Cheras dan JB Sentral, Johor.

“Saya juga buka kedai urutan diberi nama My Kaki Jamu Shop di Giant Cheras. Doakanlah kejayaan saya.

“Dalam aspek pengacaraan pula, alhamdulillah ada juga stesen yang panggil saya untuk jadi pengacara. Cuma untuk 2012 saya teringin jadi hos untuk mana-mana program tetap seperti Sehati Berdansa dan Tanya Linda dulu,” kata Linda yang tidak putus-putus senyuman.

Sementara itu, Mak Wan pula akui dia begitu meminati Linda serta sa?ngat berbesar hati dapat bertemu personaliti pujaannya itu.

“Nenek selalu berdoa agar dipertemukan dengan Linda. Nenek sukakan dia kerana tingkah lakunya dan cakapnya yang peramah dan manja. Dapat dengar suaranya pun sudah cukup. Ungkapan ‘Assalamualaikum” Linda bagaikan buluh perindu. Nenek doakan Linda agar terus berjaya dan selamat,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

Thursday 29 December 2011

BORAK LOKASI: Lebih fokus pada pelakon

MENCARI sudut menarik untuk dirakam menjadi tanggungjawab hakiki dilalui jurukamera. Pengalaman sama ditimba Azri Izhar yang banyak terbabit dengan pelbagai penggambaran drama termasuk filem.

Mula berkecimpung dalam kerja kamera sejak 1990, Azri menyatakan setiap syot yang diambil penting dalam menyampaikan mesej dan menyampaikan penceritaan lebih jelas pada watak.

“Bekerja dengan cara pengarahan Khir, kamera tidak banyak bergerak kerana dia lebih mahukan syot statik. Drama ini sebenarnya lebih fokus pada aspek lakonan pelakon itu sendiri.

“Banyak adegan luar rumah dirakam manakala penggambaran pada waktu siang dan malam boleh dikatakan seimbang. Saya percaya drama ini menarik kerana ia menggambarkan kisah masyarakat Cina, tetapi pembikinannya dibuat produksi Melayu.


“Secara peribadi, kepuasan lebih pada filem kerana drama selalunya menggunakan satu lensa berbanding filem yang mempunyai skop lebih besar. Aspek teknikal sukar untuk diceritakan secara tulisan tetapi apa yang penting, ‘treatment’ filem lebih menyeronokkan,” katanya.


Azri yang sudah empat kali bekerjasama dengan Khir mengakui dia selesa untuk bekerja lagi dengan pengarah ini yang juga anak kepada penyanyi terkenal 60-an, Datuk A Rahman Hassan bersama Datin Azizah Mohamad.

“Khir seorang pengarah yang sangat berbakat dari aspek kerja, bahasa yang digunakan malah dia berkomunikasi dengan jelas ketika di lokasi penggambaran membuatkan semua kru dan pelakon faham apa kehendaknya.

“Apabila bekerja dengan orang yang kita selesa, saya sendiri seronok untuk menyiapkan sesuatu karya itu. Selepas ini, saya mempunyai satu projek bersama Khir yang dijangka penggambaran pada awal Februari tahun depan,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Paparan cinta dua bangsa, agama

SUASANA tenang dengan kicauan burung cukup mendamaikan. Di luar sebuah banglo, kelihatan beberapa tanglung menghiasi halaman depan pintu masuk utama sebuah banglo.

Dekorasi itu menandakan sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba. Menjenguk ke dalam rumah, kedengaran suara seorang ibu dengan anaknya bersembang. Sesekali mereka bertekak apabila ibu, Madam Su menegur sikap teman lelaki anak perempuannya, Jenny.

Itu antara babak drama terbaru, Tanglung Bulan Semalam yang kini selesai menjalani penggambaran di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Menampilkan pelakon baru yang semakin meningkat populariti, Adeline Tse sebagai Jenny, drama ini juga dijayakan Mandy Chong (Madam Su) dan Irfan Roslan yang melakonkan watak teman lelaki Jenny, Razlan.


Drama yang diterbitkan khusus untuk slot tayangan sempena Tahu Baru Cina nanti membawa kisah mengenai pergolakan hubungan antara ibu dengan anak dan kekasih anaknya yang berbangsa Melayu.


Pengarah, Khir Rahman yang bertanggungjawab meneraju penggambaran drama ini menyatakan plot drama ini masih mempunyai tarikan untuk disampaikan kepada penonton walaupun kisah cinta antara gadis Cina dengan lelaki Melayu sudah banyak kali disentuh.

Namun, duduk di kerusi pengarah memberikan cabaran hebat kepada Khir untuk mengolah cerita ini menjadi menarik dari aspek penyampaian lakon dan syot yang dirakam. Pengarah filem ...Dalam Botol ini mengakui cabaran menghasilkan drama ini suatu yang berbeza.

“Berkarya menerusi drama lebih terhad berbanding filem. Ia bermaksud terhad dari aspek masa penggambaran dan bajet yang diperuntukkan.

“Begitu juga penggunaan pertuturan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat Cina memberi suatu tarikan kepada penonton Melayu. Saya percaya adanya drama menonjolkan budaya masyarakat Cina seperti ini, masyarakat lain seperti Melayu akan lebih faham.

“Secara positif, drama ini berusaha mengangkat martabat bahasa Malaysia itu sendiri, tetapi ia bukanlah realiti yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat kita sendiri,” katanya kepada Rap, ketika ditemui di lokasi penggambaran.

Khir berkata, tidak dinafikan pertembungan hubungan cinta individu yang berbeza bangsa dan agama suatu yang ‘klise’ tetapi drama ini secara tidak langsung menjadi kempen 1Malaysia.

“Apa yang penting, lakonan itu tidak dibuat-buat untuk menampakkan kempen ini. Drama ini juga menjadi usaha dalam menyatukan masyarakat kita berbilang bangsa dan agama.

“Kehidupan masyarakat campur ini sudah lama kita praktikkan sejak zaman dulu lagi. Bagi saya sendiri, ini pengalaman pertama saya mengarah cerita yang bukan budaya sendiri.

“Memberi cabaran pada saya membuat kajian mengenai budaya masyarakat Cina seperti cara minum teh dengan betul dan meletakkan tanglung di tempat sepatutnya,” ujar Khir.

Produser Eksekutif, Basree Rakijan, pula berkata pemilihan pelakon terbabit dalam drama ini dibuat atas perbincangan bersama pihak produksi dengan stesen TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama ini dijangka tayangan sempena Tahun Baru Cina, tahun depan.

“Ketika menghantar kertas kerja projek ini, kami memberikan beberapa nama pelakon sebagai cadangan. Sepanjang penggambaran, saya melihat antara pelakon mempunyai keserasian.

“Penggambaran juga berjalan lancar walaupun mengambil masa lebih sehari dari lapan hari dirancang kerana faktor hujan. Turut memberi tarikan pada drama ini adalah penggunaan tanglung sebagai props termasuk tanglung istimewa dinamakan Tanglung Bulan Semalam,” katanya.

PROFIL

JUDUL: Tanglung Bulan Semalam
PRODUKSI: Shahril Associates Advertising & Design Sdn Bhd
PRODUSER EKSEKUTIF: Basree Rakijan
PENGARAH: Khir Rahman
PENOLONG PENGARAH: Abdul Rahim Zali
PENGURUS PRODUKSI: Misnin Mohd Ehsan
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Hishamuddin A Rahman
PENGURUS PERALATAN: Noor Hazan Rashid
PENULIS SKRIP/LAKON LAYAR: Siti Jasmina Ibrahim
JURUKAMERA: Azri Izhar
PROPSMAN: Zulkifli Othman
JURUSOLEK: Ibrahim Yusoff
PRAKTIKAL: Rezkie Permana Putra (Universiti Malaya)
JURUFOTO: Kiko Ardian Sjah
PELAKON:
1. Adeline Tsen
2. Mandy Chong
3. Irfan Roslan
4. Kenji Sawahii
5. Collan Koo
6. O Shen
7. Jay Iswazir
8. Nadia Mustafa
9. Kalpana Devi




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Tukar banglo orang Melayu jadi rumah Cina

TERBABIT dengan kerja belakang tabir, pasti?nya memberi cabaran dan tekanan pada kru untuk memastikan segala bahan penggambaran memenuhi kehendak produksi.

Akui Noor Hazan Rashid yang bertanggungjawab sebagai pengurus peralatan menyatakan cabaran dalam drama ini memerlukan dia mencari props seperti tanglung dan menukar banglo milik orang Melayu menggambarkan seperti rumah Cina.

“Dalam drama ini, ada dua tanglung istimewa yang mempunyai catatan nama penulis dalam tulisan jawi. Sebenarnya, Tanglung Bulan Semalam ini hanya imaginasi penulis skrip.

“Bagi saya, masa dan bajet memberi kekangan dalam mendapatkan ‘props’ yang dimahukan. Jika esok penggambaran baru nak dijalankan tetapi hari ini baru dapat bajet, ia agak kelam-kabut untuk mencari ‘props’.


“Begitu juga, sepatutnya perancangan produksi mahu menggunakan tokong sebagai props untuk menampakkan ia adalah rumah masyarakat Cina, tetapi atas perbincangan dengan pengarah, perkara ini dapat ditukar.


“Apa yang digambarkan adalah suasana menyambut Tahun Baru Cina dan bagaimana Madam Su masih menjaga adat resam budayanya. Dalam cerita ini, Madan Su asyik ter?ingatkan mendiang suaminya. Menariknya, ada adegan roh suami datang semula memberi nasihat pada isterinya,” katanya.

Hazan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang kerja produksi pernah mencipta nama sebagai pe?nyanyi kumpulan Scan ketika pada era 1990-an. Namun, dia kemudian beralih kerja produksi atas minat.

“Saya sendiri seronok bekerja dalam bidang seni seperti kerja produksi. Kerja dalam bidang ini perlu banyak bersabar, tetapi perlu mempunyai minat mendalam.

“Mungkin segelintir melihat orang yang kerja bidang seni seperti sampah apabila hanya penting apabila diperlukan. Namun, saya percaya kerja dengan cara berkarya sendiri lebih memberikan kepuasan,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

Karnival khas buat Jamal

TOLAK ke tepi soal kemelut beliau dengan rumah Pengasih dan segala macam spekulasi yang melanda. Hakikatnya, Jamal Abdillah tetap gigih berjuang menjadi seorang penghibur yang berjaya.

Sesudah berjaya menghimpunkan ramai peminat pada setiap konsert dan persembahan di sana-sini selain jualan album membanggakan, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini kembali dengan sebuah lagi penganjuran acara istimewa buat peminat setianya.

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah akan berlangsung pada 7 Januari depan
di pekarangan Maju Junction Mall, Kuala Lumpur bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Karnival julung kali itu dianjurkan bersempena kemunculan album terbarunya, Raja Pop 2 serta produk kecantikan yang diusahakan bersama D’JAS dan Bintang Channel.

Jelas Jamal yang ditemui di pejabat Warner Music Malaysia minggu lalu, karnival julung kali itu yang akan berlangsung itu adalah usaha bagi menghargai peminat setianya yang terus kekal berada di sisinya.

“Karnival ini adalah idea saya sendiri selepas menerima pelbagai permintaan daripada peminat di seluruh Malaysia menerusi lama sosial facebook (fb). Mereka mahu datang bertemu dan mengharapkan adanya satu sesi khas bagi mendekati saya.

“Justeru saya fikirkan karnival seperti ini adalah jalan terbaik untuk menzahirkan impian mereka.

“Sejak awal lagi, mereka yang datang ke Maju Junction berpeluang menyertai beberapa acara seperti pertandingan karaoke lagu saya, Tiru Gaya Jamal Abdillah sambil mendapatkan pelbagai cenderahati istimewa daripada saya.

“Selain itu sebuah gerai khas yang menjual produk D’Jas juga akan dibuka dan pada sebelah malamnya pula, saya akan muncul mengadakan sebuah ‘showcase’ istimewa buat penonton. Mereka hanya perlu membeli VCD Raja Pop 2 untuk menyaksikan persembahan saya itu. Saya akan menyanyikan lima lagu daripada album Raja Pop 2. Namun, tempat duduk adalah terhad,” kata Jamal yang ditemani anaknya, Osama Yamani.

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah itu adalah kerjasama antara Warner Music Malaysia, Bintang Channel dan Maju Junction Mall.

Pemilik nama sebenar, Jamal Ubaidillah Ali dan berusia 52 tahun ini akui tidak sabar untuk turun padang lagi dan banyak menerima respons daripada peminat untuk ke sana.

Jadi pastikan peminat Jamal akan mengosongkan jadual pada 7 Januari depan.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti yang disediakan, silalah hubungi Kamal Rashid (019-574 6882) atau ibu pejabat Bintang Channel (03-414 31561).

Sementara itu tiada apa yang lebih penting bagi Jamal selain terus menyanyi dan menghasil–kan album sendiri.

Katanya, untuk terus kekal sebagai penyanyi lebih tiga dekad bukanlah sesuatu yang mudah dan dia bersyukur diberikan kekuatan.

“Kalau ada album bermakna adalah lagu baru dan dari situ muncul pula jemputan persembahan. Lantas saya memang begitu mengambil serius soal pembikinan album dan sentiasa bersemangat setiap kali masuk ke studio,” kata Juara Bintang RTM tahun 1979 itu.

Jamal mampu mengukir senyum apabila album Raja Pop dulu mencapai jualan kira-kira 150,000 unit. Lantaran itu, Warner Music Malaysia dengan lekas menerbitkan siri kedua, Raja Pop 2 yang sudah berada di pasaran.

Raja Pop 2 menampilkan lagu seniman era 1950-an dan 1960-an seperti S Effendy, Yopie Latul malah juga Rahim Maarof yang menjadi kegemaran Jamal.

Antara lagu dalam album itu, Jangan Kau Rayu, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Manis Manja dan Secupak Dua Cupak.

Memegang tanggungjawab sebagai Penerbit Eksekutif bagi album itu, Jamal bekerjasama dengan penerbit Razman untuk pembikinan sebuah lagu baru berjudul Bahagia Sementara.




Sumber Dari Harian Metro

Lelaki maut dihempap penyangkut besi lif

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki mati dihempap penyangkut besi lif ketika hendak menghantar perabot di tingkat atas sebuah kedai perabot tiga tingkat di Jalan Raja Chulan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Gaffar Muhammad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10 pagi ketika Mohd Abdillah Khairuddin, 27, berada di dalam lif dengan muatan perabot untuk dihantar ke tingkat atas.

"Tiba-tiba lif tersebut terjatuh ke bawah, manakala penyangkut besi itu menghempap kepalanya menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kejadian disedari oleh majikan, Mohd Abdillah yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Abdul Gaffar berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat bebanan yang berat menyebabkan tali rantai lif itu putus dan penyangkut besi berkenaan menghempap mangsa.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut, katanya. - Bernama


Sumber Dari Harian Metro

22 kali banjir

SEGAMAT: “Kami sudah penat membersihkan rumah sebanyak 22 kali akibat banjir sejak 1985 dan kali ini kami tidak akan membersihkannya sebaliknya meninggalkan terus rumah.
“Kami memutuskan berpindah ke rumah baru di Kampung Tasik Alai,” kata mangsa banjir, Abdullah Othman, 56, di sini, semalam.

Abdullah dan isteri, Norlela Aridan, 46, dari Kampung Batu Badak mendakwa sudah 22 kali menjadi mangsa banjir sejak 26 tahun lalu kerana rumah mereka berhampiran Sungai Segamat.
Bagaimanapun, menurut Abdullah, masalah banjir sering dihadapi mereka sekeluarga bakal berakhir kerana kediaman mereka akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pelebaran Jalan Daerah Segamat ke Ledang.

“Kami akan berpindah ke rumah baru apabila dibenarkan keluar dari pusat penempatan sementara banjir di Balai Raya Kampung Batu Badak.

“Rumah baru itu sedang dalam pembinaan hasil wang pampasan projek pelebaran jalan berkenaan,” katanya.
Menurut Abdullah, rumah di Kampung Batu Badak itu adalah pusaka ibu bapanya dan sepanjang 26 tahun tinggal di situ, hampir setiap tahun rumah berkenaan dilanda banjir menyebabkan mereka kerugian besar.

“Daripada 22 banjir itu, dua kali cukup menakutkan iaitu pada 2006 dan awal tahun ini apabila rumah kami ditenggelami air sedalam kira-kira empat meter.
“Akibat arus kuat rumah kami hampir roboh malah barangan seperti dapur, periuk belanga, perabot dan banyak lagi dihanyutkan,” katanya yang bekerja sebagai tukang rumah dan mempunyai lima anak.

Menurut Abdullah, dia sekeluarga membuat persiapan awal tahun ini dengan meletakkan barangan elektrik di lokasi selamat malah menyimpan dokumen penting seperti kad pengenalan serta surat beranak dalam satu bekas untuk memudahkan dibawa pergi jika banjir melanda.

Abdullah bersyukur kerana pelbagai pihak seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Kampung Batu Badak, Mohsin Ahmad, 74, berkata, hanya terdapat 69 mangsa daripada 18 keluarga masih menghuni Balai Raya Kampung Batu Badak berbanding 109 orang daripada 30 keluarga pada 19 Disember lalu ketika ia mula dibuka.

“Kami harap banjir segera surut bagi membolehkan lebih ramai mangsa kembali ke rumah masing-masing,” katanya.


Sumber Dari Harian Metro

Jalan Trans Borneo masih ditutup, jalan sementara sedang dibina

SERIAN: Jalan Trans Borneo masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Km 78 Jalan Serian-Sri Aman, manakala kerja membina jalan sementara masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohamad Jamali Umi ketika dihubungi, berkata orang ramai yang mahu ke Sri Aman atau ke Kuching boleh menggunakan Jalan Slabi di Km 62 Jalan Serian untuk ke Km 80 Jalan Serian-Sri Aman.

"Anggota polis telahpun ditempatkan di simpang Jalan Slabi dan pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif yang boleh dilalui semua jenis kenderaan itu dan jalan adalah berturap sepanjang 15 kilometer," katanya.
Beliau berkata pada masa ini kerja membina jalan sementara bersebelahan jalan yang runtuh itu masih diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Keadaan trafik di Jalan Trans Borneo dari arah Serian ke Sri Aman masih terkawal dan pengguna jalan raya dinasihati memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan kerja baik pulih jalan dapat dipercepatkan.

Dalam kejadian 8.45 malam tadi, jalan berhampiran Semukoi dekat Balai Ringin di daerah Serian itu mendap dan runtuh sepanjang 200 meter. -- BERNAMA


Sumber Dari Harian Metro

Pasangan penyamun

KEPALA BATAS: Kegembiraan sepasang kekasih berstatus duda dan janda muda berhibur di Pulau Pinang sejak malam perayaan Krismas lalu tidak berpanjangan apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Sungai Dua arah utara, di sini, pagi semalam.
Pasangan berusia 20-an itu ditahan selepas disyaki memiliki sepucuk pistol tiruan yang ditemui ketika pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki mereka kira-kira jam 3.45 pagi.

Sekotak bebola besi yang digunakan sebagai peluru pistol juga ditemui.
Lebih mencurigakan apabila turut ditemui dalam kereta jenis Proton Saga terbabit adalah gari yang juga dipercayai digunakan untuk memeras ugut serta menyamar anggota keselamatan.

Selain itu, pemeriksaan anggota Unit Peronda Elit Evolution X terhadap kereta terbabit juga menemui sebilah pedang, keris, beberapa telefon bimbit pelbagai jenama dan plastik lutsinar disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah serta pengedaran dadah.

Sekatan jalan raya berkenaan dijalankan unit peronda terbabit diketuai Pegawai Turus Unit Peronda Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Cif Inspektor Rohizad Halim bersama 19 anggota bermula dari jam 3 sehingga 8 pagi semalam.
Menurut Rohizad, kenderaan dinaiki pasangan dari Sungai Petani, Kedah itu dikesan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan pihaknya.

Katanya, ketika itu didapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan lanjut.
“Pasangan berkenaan memberi alasan mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani dan cuba meyakinkan anggota polis mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Bagaimanapun, usaha mereka itu tidak meyakinkan kami sebelum pemeriksaan lanjut menemui pelbagai senjata itu,” katanya. Menurutnya, pihaknya percaya mereka terbabit dalam kegiatan jenayah dan pengedaran dadah.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti aktiviti jenayah mereka,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.



Sumber Dari Harian Metro

Datuk Amar Mohd Asfia memangku jawatan TYT Sarawak

KUCHING: Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah pelantikan sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak berkuat kuasa 27 Dis lepas hingga 10 Feb 2012.
Sumber Dari Harian Metro

Sunday 11 December 2011

Barcelona Masih Berkuasa Dalam 'El-Classico'

Barcelona kembali dari jaringan gol terpantas sejarah El Clasico untuk memecahkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah Real Madrid. 'el-classico' adalah merujuk kepada perlawanan dua seteru iaitu Barcelona dan Real Madrid. Walaupun telah memenangi La Liga tiga tahun berturut-turut dan mengatasi Real dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara, pasukan Pep Guardiola bukanlah pasukan pilihan dalam perlawanan El Clasico pagi tadi.

Akibat terlambat bangun beberapa minit, aku terlepas jaringan awal Karim Benzema seawal 23 saat perlawanan yang meletakkan Real Madrid di hadapan. Namun Alexis Sanchez memanfaatkan peluangnya dengan baik dan menjaringkan gol setelah Messi menggelecek bola melalui barisan pertahanan Real pada minit ke-30 dan menyamakan kedudukan. Madrid kelihatan terkejut dengan kehilangan kelebihan gol mereka dan Ronaldo telah sekali lagi terlepas sasaran dengan tandukan yang liar.

Separuh masa kedua, Xavi yang banyak mencipta gerak serangan dengan penampilan ke-600 untuk Barca berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke 52. Rembatannya dari luar kotak penalti telah terbias oleh Marcelo dan terus menerjah ke gawang Real.  Gol ketiga Barcelona pula hadir pada minit ke 66 hasil tandukan Cesc Fabregas setelah menerima hantaran tepat Dani Alves.

Real Madrid tetap meneruskan serangan mereka sehingga ke minit terakhir tetapi masih buntu untuk menambah jaringan dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Barcelona 3 - 1.

Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011

Kejadian Gerhana Bulan Penuh (Lunar Eclipse) akan dapat dilihat di seluruh Malaysia malam ini bersamaan 10 Disember 2011, bermula dari 7.34 malam sehingga 1.30 pagi Ahad. Untuk pengetahuan, kejadian gerhana bulan penuh ini telah berlaku di negara kita 57 tahun yang lalu dan kemungkinan akan berlaku sekali lagi pada tahun 2068.

 
Kepada semua umat Islam boleh la mengambil kesempatan ini untuk menunaikan Solat Sunat Khusyuf sempena fenomena Gerhana Bulan Penuh ini.

Berita penuh dari mynewshub.my

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
“Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi.
Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.
Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

Friday 9 December 2011

Harimau Muda Ke Australia

Australia  bakal menjadi tempat buat Harimau Muda meningkatkan kekuatan serta medan bagi mereka menimba pengalaman berkualiti sebelum menyertai saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan. Perjanjian diantara Malaysia dan Singapura yang dimeterai merupakan satu cara proaktif FAM dalam memberi pendedahan berterusan kepada Harimau Muda kerana Liga Singapura (Liga-S) turut disertai beberapa negara luar. Harimau Muda negara akan terbang ke Australia esok hari dan dijadualkan menentang kelab Sydney FC (13 Disember), Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets (19 Disember).

Latihan dan perlawanan di Australia selama 12 hari bakal memberi ruang buat Ong Kim Swee sebagai pengendali Harimau Muda untuk menguji pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini sebagai persiapan mengharungi baki aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan Zon Asia serta perancangan jangka panjang menjelang temasya Sukan SEA di Myanmar (2013) dan Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014. Akhir kata, Harimau Muda teruskan kecemerlangan anda di Australia kelak.

Sumber: Kosmo

Safee Sali Mungkin Diharamkan Bermain Untuk Malaysia

Isu yang terbaru membabitkan penyerang handalan negara, Safee Sali kini timbul apabila ISL(Liga bolasepak tempat Safee bermain) yang dulunya liga rasmi Indonesia kini tidak diiktiraf oleh Persatuaan Bolasepak Indonesia sebagai liga tidak rasmi dan IPL (Indonesia Primier League) diiktiraf sebagai liga rasmi.

Berikut Kenyataan Dari Persatuan Bolasepak Indonesia (PBSI) :

"Pemain asing yang ikut juga akan kena hukuman tidak boleh main di negaranya, termasuk Safee," kata Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) Djohar Arifin dalam jumpa pers di Hotel Kartika Chandra, Khamis malam, 8 Disember 2011.

Djohar mengatakan, amaran tersebut datang dari induk bola sepak Asia, AFC. Menurut AFC, kata Djohar, pemain yang tidak mahu berlaga di pertandingan rasmi oleh persekutuan bola sepak tempatan, tak boleh memperkuat pasukan kebangsaan.

Hal ini, Djohar meneruskan, dalam Perkara 79 Statut FIFA. Hukuman tak hanya berlaku bagi pemain tempatan yang menolak untuk bermain di pertandingan rasmi, tetapi juga bagi pemain asing yang bermain di pertandingan tak rasmi. "Ini FIFA yang mengingatkan, bukan Djohar," katanya.

Ringkasnya , secara tidak langsung, pemain-pemain yang bermain di liga ISL ini boleh kena BAN untuk bermain mewakili negara masing2 (termasuk pemain Indonesia).

Walaubagaimanapun Safee Sali yang kini menjadi kapten pasukan Bolasepak Indonesia Pelita Jaya,  telahpun bermain di ISL ketika ISL masih menjadi liga rasmi dan oleh itu tidak bersalah dalam hal ini dan tak melanggar peraturan FIFA .

Isu ini dikatakan masalah dalaman persatuan Bolasepak Indonesia dan masih belum lagi selesai sepenuhnya...so sama2 lah kita tunggu.

Penyebab Utama Virus Komputer

USB pendrive memang mudah dibeli. Untuk kapsiti 4GB cuma berharga RM20 (semasa artikel ini ditulis).  Banyak bezanya sewaktu saya beli dahulu. Kembali ke tahun 2005 harga pendrive Kingston 512Mb sahaja  mencecah sehingga RM68.

Waktu itu memang mahal sebab baru berada di pasaran. Ramai orang suka pendrive kerana kelebihannya yang kecil, muat poket dan ringan. Boleh dibawa dan dipasang dari satu komputer ke komputer  yang lain.

Penyebar utama virus komputer

USB pendrive memang banyak kelebihan tetapi ada juga keburukannya. Mengikut kajian Sophos, 66% daripada kandungan data pada USB pendrive yang ditinggalkan atau tercicir adalah dijangkati oleh virus, spyware dan malware.

Kajian daripada Sophos juga mendapati, semua virus telah mencoroboh data-data:

    * Dokumen cukai
    * Minit meeting
    * Kertas kerja universiti dan kolej
    * Gambar dan video
    * Skrip laman web

Penggunaan USB pendrive menyebabkan data dapat berpindah dengan mudah. Pada masa yang sama, virus juga turut mengambil peluang mencuri dan menceroboh seberapa banyak maklumat yang boleh.

Penting memiliki antivirus yang sentiasa dikemaskini. Ada sesetengah syarikat menggunakan Endpoint Protection untuk menghalang data dipindahkan ke USB pendrive atau sebaliknya. Amat penting data dilindungi supaya tidak berlaku kebocoran data yang boleh membawa kerugian yang besar.

Melalui USB pendrive juga, virus dapat merebak dengan mudah dari satu komputer ke komputer yang lain. Contoh serangan popular adalah Autorun.inf yang memberi akses automatik untuk program dilaksanakan selepas pasang pendrive.

virus autorun

Autorun.inf melakukan:

    * arahan proses atau program secara automatik apabila CD atau USB pendrive dimasukkan ke komputer
    * seseorang boleh menentukan proses atau aplikasi yang akan dilaksanakan semasa tetingkap pilihan dibuka.

Virus menggunakan kelebihan Autorun.inf untuk melaksanakan arahan serangan. Tambahan, serangan virus pada masa kini tidak hanya suka-suka tetapi kebanyakkan untuk mengaut keuntungan. Ia juga satu konsep jenayah siber yang berselindung di sebalik virus dan spyware.

Sumber dari: Blog AnjungPC

Thursday 8 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat: Tunggu Masa Terima Banglo

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai. 


 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek. 

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.
Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.
Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu, katanya.