Harimau Muda Menang Pingat Emas Sukan SEA 26

Skuad bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) muncul pemenang pingat emas acara bolasepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta selepas menumpaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Kumpulan SEARCH bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (19 Nov), Johor Bahru (3 Dec) dan Kuala Lumpur (17 Dec).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 6 January 2012

BORAK LOKASI: Timba ilmu bersama pengarah berpengalaman

TERJUN dalam bidang pe?ngarahan tanpa pengalaman menuntut ilmu di menara gading, memberikan pengalaman baru dan menarik pada Aainaa Khairuldin atau Aina.

Katanya, minat mencuba menjadi penolong pengarah hadir selepas dia mengikuti? jadual kerja pengarah berpengalaman, Faisal Ishak sebelum diberi peluang untuk mengarah sendiri.

“Selama tiga tahun saya menjadi pembantu peribadi pada abang Faisal dan dari situ saya belajar selok-belok bidang pengarahan dan kerja produksi.

“Saya mencuba bidang ini kerana minat mendalam dan selepas tiga tahun bekerja sebagai penolong pengarah, saya berminat untuk teruskan kerjaya ini,” katanya memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan.


Merujuk pada penggambaran telefilem Ikan Bakar, Aina menyatakan dia tidak berdepan dengan sebarang masalah. Faktor kerjasama dan komitmen baik antara pelakon dan kru memudahkan jadual penggambaran berjalan lancar.


“Pelakon utama, Danial tidak memberi masalah kerana dia pernah berlakon. Cuma, saya perlu memberi lebih penera?ngan dan latihan pada pelakon kanak-kanak lain yang pertama kali berlakon.

“Bagi saya, cerita ini menarik kerana ada watak antagonis seperti Rozali yang cuba mengambil kesempatan pada Shakinah,” katanya.

Pernah menimba pelbagai pengalaman kerja bersama pengarah berpengalaman lain termasuk Aziz M Osman, Adam Hamid dan Michael Ang, Aina menganggap setiap pengarah mempunyai cara kerja tersendiri dan disiplin yang kuat.

“Memang pada awal, saya kena marah dengan abang Aziz ketika terbabit dengan penggambaran drama bersiri Comel. Bersama abang Faisal pula, saya belajar cara menyusun jadual dan teliti dari aspek perancangan.

“Perancangan saya selepas ini masih mahu teruskan kerjaya ini dan jika ada peluang, saya ingin menimba pengalaman kerja dalam bidang filem,” katanya pernah terbabit penggambaran drama bersiri, Wasiat arahan Faisal Ishak.




Sumber Dari Harian Metro

SOSEH SOSEH: Dedah rahsia silap mata

DUNIA hiburan ini bukan saja ada golongan penyanyi, pelakon dan pemuzik. Ia juga dimantapkan dengan kemunculan ahli sikap mata atau pakar ilusi yang bentuk persembahan mereka juga berteraskan hiburan.

Kalau di barat ada Houdini, David Coperfield dan Mark Wilson, Malaysia juga ada beberapa ahli silap mata yang terkenal.

Antara yang paling menonjol ketika ini adalah Amar yang juga seorang artis nasyid, peguam dan pakar motivasi.

SS rasa sudah banyak persembahan silap mata dibuat Amar untuk tatapan masyarakat dan terbaru Amar tampil bersama sebuah DVD menarik berjudul Amar Miracle.


Ia terbitan Amar Magical Production dengan durasi 100 minit. Kalau tak silap SS harganya RM50 dan ia sudah pun berada di pasaran.


Menariknya, dalam DVD berkenaan ia dimuatkan visual permainan silap mata dan ilusi yang pernah dibuat Amar. Lebih menarik ia juga memuatkan tutorial mengenai rahsia silap mata yang hebat oleh Amar.

Bagi SS silap mata adalah suatu kemahiran yang menarik kerana ia sebenarnya bukannya membabitkan penggunaan sihir atau jampi serapah atau ilmu hitam seperti yang ramai sangkakan, sebaliknya silap mata adalah satu teknik khas atau muslihat yang boleh mengaburi mata manusia.

Kecekapan tangan bersama peralatan khas biasanya diguna oleh pakar ilusi dan silap mata dalam persembahan mereka dan inilah yang mahu dikongsi oleh Amar bersama penontonnya. Jadi bagi anda yang tidak suka ‘tertipu’ dengan muslihat silap mata, jangan lupa mendapatkan DVD Amar ini.

SS: Nak minta Amar ‘hilangkan’ penjual DVD haram dan cetak rompak.




Sumber Dari Harian Metro

SOSEH SOSEH: Isteri Lan bunting pelamin

WALAUPUN kita baru memasuki hari kelima dalam kalendar 2012, industri hiburan terus dihidangkan dengan pelbagai berita menarik.

Antara yang SS dengar adalah perkhabaran gembira mengenai isteri penyanyi kumpulan A to Z, Lan, yang kini berbadan dua.

Berita kehamilan itu disedari rakan SS yang menerusi laman facebook (fb), apabila Lan sendiri menaikkan status menyatakan mengenai berita gembira itu.

Lantas, rakan SS terus menelefon Lan untuk berta?nyakan kebenaran cerita itu.


Lan atau nama sebenar, Norazlan Abdul Aziz ketika dihubungi kedengaran ceria bercerita mengenai kehamilan isterinya, Siti Nor Ain. Jarak usia mereka memang ketara juga kerana Lan sudah berusia 43 tahun manakala isterinya, 25 tahun.


Difahamkan, pada mulanya, Lan dan isteri pernah menjalani ujian kehamilan sebelum ini, tetapi ketika itu isterinya belum mengandung.

Namun selepas dibuat pemeriksaan kehamilan sendiri buat kali kedua, ternyata keputusannya positif.

Bagaimanapun, pasangan terbabit belum berjumpa doktor untuk pengesahan lanjut.

Menurut Lan, berdasarkan pengalamannya mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, dia dapat rasakan tanda-tanda pelik orang mengandung ada pada isteri baru kesayangannya itu.

Antaranya, Ain sekarang sangat suka makan buah-buahan tempatan terutama rambutan malahan bukan itu saja dia juga mengidam makan roti nan keju yang dijual di gerai mamak.

Kata Lan pada kawan SS, dia bernasib baik kerana isterinya itu tidak mengidam benda yang pelik sangat. Entahlah mungkin selepas ini kita pun belum pasti.

Menurut Lan lagi, mungkin akibat aura bayi mereka budak, Ain sekarang makin bertambah manja dengan orang lain macam kanak-kanak. Alhamdulilah, SS rasa Ain itu bunting pelamin.

SS berharap selepas ini Lan akan bekerja keras lagi bagi membuat persediaan untuk menyambut orang baru dalam hidupnya. SS juga doakan kali ini biarlah dia dapat lelaki pula sebab tiga anaknya sebelum ini semuanya perempuan.

Sebelum terlambat, SS ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Lan dan Ain.

SS: Tak sabar tunggu Mawi jadi ayah.




Sumber Dari Harian Metro

Syafiq gugat pengarah lain?

BERGELAR pengarah filem termuda di Malaysia, pasti ada yang masih memandang rendah atau mempertikaikan kemampuan Syafiq Yusof.

Maklum saja, ketika mengarahkan filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) tahun lalu, anak bongsu kepada pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail itu baru berusia 18 tahun.

Ada yang cakap Syafiq mudah mendapat peluang kerana status ayahnya sendiri sebagai produser filem terkenal bahkan soal bajet bukanlah masalah besar bagi Skop Productions Sdn Bhd untuk menampungnya.

Namun, saat mengikuti rombongan Skop Productions ke Thailand di Film Development Co Ltd (SFD), Bangplad, Bangkok, yang menjadi tempat S.A.M menjalani proses post produksi terutama untuk memasukkan sistem bunyi berkualiti Dolby Digital EX, bermula 26 hingga 29 Disember lalu, ia menampakkan sesuatu yang sangat positif.


Kunjungan media ke Bangkok kali ini ditemani Pengurus Pengedaran dan Promosi Skop Productions, Rosman Ibrahim serta disambut Pengurus Pemasaran SFD, Thanapon Maliwan.


S.A.M bagaikan satu amaran daripada Syafiq dan percayalah, filem ini akan membuatkan ramai pengarah sedia ada berasa ‘terpukul’ dengan kehebatan pengarah pemuda ini.

Apabila anda berpeluang menontonnya nanti, anda pasti dihambat perasaan tidak percaya bahawa filem itu dihasilkan seorang remaja lelaki yang baru berusia 18 tahun.

Menawarkan jalan cerita dan plot yang menarik, S.A.M diperkemaskan dengan teknik pergerakan kamera serta suntingan yang kemas. Ia dimantapkan lagi dengan lakonan berkesan penerajunya iaitu Shaheizy Sam, Lisa Surihani termasuk beberapa pelakon pembantu seperti Azad Jasmin dan Syamsul Yusof.

Ingin saja penulis berkongsi pengalaman eksklusif menjadi antara penonton terawal menyaksikan S.A.M di Bangkok.

Namun, kerana amanah Datuk Yusof yang turut menitipkan pesan buat dua lagi wakil media, Raja Nur Fatimah Mawar dari B*Pop Berita Harian dan Rozdan Mazalan (Hip! Berita Harian) agar kami terpaksa merahsiakan dulu intipati filem itu sebagai satu kejutan.

Kunjungan Syafiq selama seminggu di Bangkok bermula 22 hingga 25 Disember lalu, selain menjalani proses memasukkan audio di SFD juga menghantar S.A.M untuk proses ‘digital imaging’ dan ‘colour grading’ iaitu pembetulan warna.

“SFD umpama ‘one stop centre’ kerana semua proses mencantikkan filem boleh dilakukan di sini. Kebanyakan filem abang saya (Syamsul) juga dibuat di sini antaranya Evolusi KL Drift 2 (EKLD2), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat - Perjanjian Syaitan dan KL Gangster.

“Selain kelengkapan canggih yang tidak ada di Malaysia, SFD juga punya tenaga pakar dalam membantu menyelia kawalan kualiti. Hampir seminggu berkurung di SFD, banyak proses yang perlu saya sempurnakan. Selain memasukkan suara dan warna saya juga harus menyudahkan skor muzik, bunyi kesan khas (folley effect) serta CGI (Imej Janaan Berkomputer).

“Untuk filem S.A.M ini saya juga menggunakan format ‘cinema scope’ sama seperti filem Khurafat. Cinema scope menjadikan imej gambar di skrin nampak lebih besar,” jelasnya.

Ditemani Penasihat Teknikal Skop Production, Musa Idris dan sepupunya, Syafiq menambah, proses suntingan dibuat terlebih dulu di Kuala Lumpur sebelum membawanya ke Bangkok.

Menyifatkan ia sebagai proses paling mencabar, Syafiq yang sebelum ini dikenali dengan karektor tenang akhirnya tewas dengan perasaan amarah. Malah, gara-gara tertekan, dua telefon bimbitnya menjadi mangsa amukan!

“Dua telefon bimbit saya jahaman kerana saya tidak sengaja mencampakkan ke lantai disebabkan terlalu tertekan semasa proses suntingan dilakukan.

“Dalam banyak-banyak bahagian filem ini, proses suntingan adalah yang paling susah sekali. Bukan saja telefon bimbit yang menjadi mangsa, malah setiap hari juga saya tidur di pejabat Skop Productions untuk memberi tumpuan kepada proses ini.

“Mujurlah semua berjalan dengan baik. Saya bertuah ada kru produksi yang mahir serta barisan pelakon hebat dalam memainkan tugas masing-masing,” katanya.

Apa yang jelas, Bangkok yang dikenali dengan jolokan Syurga Dunia pun tidak mampu lagi memikat Syafiq yang selama beberapa hari berkurung dalam SFD.

Hanya satu malam (26 Disember 2010), dia sempat untuk bersama-sama ibu-bapanya ke pusat urut kaki di sebuah spa berdekatan dengan hotel penginapan selain berkunjung ke restoran nasi beriani di Sukhumvit.

“Pagi saya ke makmal filem, tengah malam baru pulang ke hotel dan terus tidur. Saya tak sempat berjalan-jalan mahupun beli-belah,” katanya.

Datuk Yusof Haslam sebelum meninggalkan Bangkok pada 28 Disember lalu, sempat berkongsi pandangannya me–ngenai filem S.A.M yang juga kali pertama ditonton secara penuh.

“Sebagai ayah saya terperanjat dengan hasil kerja Syafiq. Saya berikan dia ‘A’ bukan sebab dia anak saya tapi hasil yang dipamerkan Syafiq melepasi piawaian pengarah profesional.

“Saya bangga kerana seorang lagi anak saya berjaya menghasilkan filem yang berat yang lari dari kebiasaan. Bagaimanapun, untuk filem ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana ia genre ‘psycho thriller’.

“Jika ia mendapat sambutan, saya anggap itu rezeki. Bagi saya cukuplah sekadar balik modal. Apa yang penting saya mengharapkan filem ini mampu mengenengahkan nama Syafiq.

“Untuk S.A.M, saya melihat daripada proses menulis skrip, pengarahan hinggalah suntingan semuanya dilakukan sendiri oleh Syafiq. Dia bekerja keras untuk filem ini. Bukan itu saja, selepas menyaksikan previu tadi, saya merasakan ia adalah antara lakonan terhebat Shaheizy Sam,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

Azura ke pantai timur

PROMOSI filem amat penting untuk membantu kemunculan sesebuah filem. Filem Ombak Rindu contohnya mendapat lebih perhatian apabila pelakonnya sendiri sanggup turun padang berjumpa peminat.

Terbaru, filem cinta yang tidak kurang hebatnya, Azura sedang memulakan rangka promosinya. Ia dibintangi Neelofa bersama Shah Jaszle.

Sekalipun agenda seninya sangat padat, Neelofa contohnya tetap turun padang menjayakan siri jelajah dan karnival filem Azura yang akan menuju ke Mydin Mall, Kuala Terenganu bermula hari ini, 5 Januari hingga 7 Januari.

Selain, Neelofa, program untuk mempromosikan filem itu akan turut dijayakan pengarah filem ini sendiri, Aziz, artis Luncai Emas, penampilan Deejay Suria FM iaitu Halim Othman dan DJ Zizi.


Secara peribadi, pemilik nama sebenar Neelofa Md Noor yang juga juara Dewi Remaja 2010 ini akui dia sangat teruja untuk berjumpa dengan peminat khususnya di pantai timur.


“Saya memang berasal dari Kelantan, tapi pernah membesar di Terengganu dan ada ramai saudara-mara dan kenalan di sana. Saya menjangkakan sambutan lebih hebat dari peminat di pantai timur berbanding di tempat lain sebelum ini.

“Saya juga tak mahu lepaskan peluang untuk menjayakan promosi filem Azura ini kerana bagi saya promosi adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kejayaan sesebuah filem di pawagam.

“Kalau bukan pelakon itu sendiri yang pergi promosi filem mereka, siapa lagi yang lebih layak untuk berbuat demikian?

“Saya percaya kalau kita buat promosi secara besar-besaran, sambutan peminat ke atas sesebuah filem itu akan lebih bagus lagi. Ini juga peluang untuk saya berjumpa peminat dan mendengar sendiri maklum balas mereka terhadap Azura,” katanya.

Ditanya harapannya terhadap Azura, akui Neelofa, ia memang tinggi menggunung apatah lagi, itu filem pertama lakonan beliau.

“Saya juga harap filem ini mendapat sambutan yang hebat daripada penonton nanti. Apa yang menarik filem ini sesuai ditonton semua golongan tidak kira tua atau muda.

“Azura adalah percubaan pertama saya di layar perak dan insya-Allah apa yang saya boleh katakan, banyak yang yang perlu saya pelajari untuk memberi yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, promosi filem Azura berlangsung di Kedah, Pulau Pinang, Shah Alam dan Seremban. Ini lokasi kelima dan selepas ini ada tiga lagi lokasi menanti iaitu di Johor Bahru, Kuantan dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Antara pengisian menarik diatur penganjur ialah forum cinta bersama Imam Hassan (jam 8 malam, 5 Januari), pertandingan karaoke bersama Luncai Emas, pameran serta penampilan artis.

Tidak ketinggalan, acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan untuk dimenangi oleh penonton seperti iPad, iPhone dan Blackberry serta tiket Malam Gala Azura.

Filem ini turut menjalani penggambaran di Kota London dan dibintangi Neelofa bersama Shah Jaszle, Afdlin Shauki dan Erma Fatima. Ia akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 2 Februari nanti.

Sebelum ini Azura pernah diterbitkan Sabah Filem pada era 1980-an dan dibintangi oleh Jamal Abdillah bersama Ogy Ahmad Daud. Turut berlakon, Raffi Hussein, Syed Sobri, Yusni Jaafar, A Galak dan Maria Arshad.




Sumber Dari Harian Metro

Thursday 5 January 2012

Abby tetap dalam ingatan Zul

BARU dua bulan berpisah, pelakon kacak, Zul Ariffin mengakui masih sukar untuk melupakan bekas kekasihnya, Abby Abadi. Malah kata Zul, sampai hari ini, Abby masih ada dalam ingatannya.

“Apabila orang tanya apa perasaan saya terhadap Abby, saya akui masih sayangkan dia. Maklumlah, kami baru saja berpisah dan saya perlu masa untuk melupakan cinta kami yang tak kesampaian itu.

“Pada masa sama, saya tidak terfikir untuk mencari pengganti dengan segera. Saya sendiri tidak tahu, sama ada kami mungkin akan berbaik semula atau tidak selepas ini. Saya serahkan soal ini kepada Tuhan. Kalau ada jodoh kami, adalah...” katanya.

Ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Abby selepas berpisah, kata Zul, mereka belum berpeluang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan karier dan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.


“Secara kebetulan, saya terbabit dengan penggambaran filem genre seram, Penanggal arahan Ellie Suriaty. Penggambaran membabitkan lokasi di luar ibu kota termasuk Kuala Kangsar, Perak.


“Ada baiknya, kami berjauhan dulu selepas perpisahan itu kerana saya tidak mahu fokus terganggu untuk filem seram ini. Sebelum ini terlalu banyak kisah peribadi saya dan Abby dihebohkan media sehingga orang pun terlupa perkembangan kerjaya kami,” katanya.

Zul juga tidak menafikan ada pihak menganggap dia selalu dibayangi Abby ketika mereka hangat bercinta dulu.

“Mungkin kerana kami selalu berdua ke mana-mana dan pada masa sama turut berlakon drama yang sama. Sebab itu timbul ceria saya dibayangi Abby.

“Hakikatnya, saya banyak belajar selok-belok lakonan daripada Abby kerana dia lebih berpengalaman. Justeru, azam saya pada 2012 ini adalah untuk fokus kepada bidang lakonan yang semakin sebati dalam diri,” katanya.

Mengulas lanjut filem terbaru lakonannya yang juga genre seram, Penanggal terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd, Zul mengakui wataknya sebagai Syed Umar lebih mencabar daripada yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Saya akui, banyak buat drama sebelum ini dan sampai masanya saya kembangkan karier lakonan ke layar perak pula. Watak Syed Umar pula menarik kerana dia adik kepada Syed Yusof (lakonan Azri Iskandar). Ini filem kedua lakonan saya selepas KL Drift. Bagaimanapun, watak saya dalam filem KL Drift itu kecil saja dan kurang menyerlah.

“Ia berbeza dengan filem Penanggal ini. Sudah lebih dua minggu kami di lokasi penggambaran filem ini sejak 11 Januari lalu. Saya seronok melakonkan watak Syed Umar terutama perlu menjiwai dialog dalam bahasa Arab dan bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Azri. Penggambaran filem ini dijang?ka berakhir pada 23 Januari nanti,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Ellie, kata Zul, dia mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menimba ilmu lakonan dengan pelakon berkaliber itu.

“Saya pernah bekerja dengan Ellie dalam drama untuk slot Lagenda berjudul Laila Manja. Pada masa itulah, Ellie tawarkan saya untuk berlakon filem Penanggal arahannya.

“Saya memang menanti peluang untuk bekerja dengan pelakon dan pengarah yang hebat sepertinya. Sepanjang penggambaran, Ellie banyak membimbing dan dia tahu apa yang dia nak dalam filem ini,” katanya.

Azri juga menafikan Ellie adalah pengarah yang garang seperti diperkatakan segelintir pihak.

“Ellie tidak garang di lokasi seperti yang diperkatakan orang sebaliknya banyak me?ngajar selaras dengan dirinya yang juga guru lakonan. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang mementingkan kesempurnaan dalam karyanya.

“Saya juga sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan sebagai pelakon. Selain itu, saya berharap filem ini akan mengukuhkan lagi nama dalam bidang seni tempatan,” katanya.

Buat masa ini, kata Zul dia hanya terbabit dalam filem Penanggal semata-mata.
“Sebelum ini, saya memang buat dua atau tiga projek dalam satu masa tapi kali ini, fokus saya pada filem penanggal yang juga drama berat ini.

“Saya ingin beri tumpuan sepenuhnya pada filem ini kerana tidak ingin mensia-siakan kepercayaan diberikan Ellie dan produser,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Suami dibomohkan ibu mentua

PERASAAN amarah Bakar tidak dapat dibendung lagi. Sindiran kawan-kawan terhadap ayahnya, Baharom, membuatkan dia rimas. Ketika melangkah ke dalam surau, Bakar bertembung dan terlanggar ayahnya, membuatkan rakan-rakan lain ketawa besar.

Tanpa disedari ayahnya, Bakar nekad menumbuk seorang rakannya yang menyindir itu. Aksi Bakar dengan rakannya menjadi babak menarik yang ingin disampaikan menerusi telefilem Ikan Bakar akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Sabtu ini, mulai jam 10 malam.

Produser, Azman Nor Shamsuddin, berkata cerita ini memapar pengorbanan isteri taat pada suami walaupun menempuh pelbagai dugaan. Telefilem kedua terbitan produksi One Asia Creative & Trading Sdn Bhd selepas drama 13 episod, Pintu Mistik mengisahkan watak utama Shakinah menggalas tugas isteri, ibu dan ketua keluarga selepas suaminya mengalami masalah terencat akal.

“Suaminya berperwatakan seperti keanak-anakan selepas dia dikatakan mengalami demam panas. Sebenarnya suami itu iaitu Baharom ‘dibomohkan’ ibu mentuanya sendiri.


“Ada pelbagai adegan menunjukkan perbuatan jahat itu berlaku seperti bomoh menurun dan ibu melakukan solat taubat meminta ampun atas dosa yang dilakukan.


“Bagi saya, cerita ini menarik dari awal penceritaan sehingga penghujung yang memberi kesedaran kepada penonton. Mengikut skrip asal, keluarga Shakinah digambarkan hidup miskin, tetapi ia diubah agar menampakkan dia boleh hidup berdikari sehingga berjaya mengusahakan kebun sayur miliknya.

“Saya fikir cerita Melayu harus mengubah persepsi apabila kisah sedih, ia adalah orang miskin. Merujuk situasi sekarang, ramai orang Melayu sudah berjaya dalam hidup walaupun tinggal di kampung.

“Ini membuktikan orang kita mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya, tabah berdepan cabaran dan berbakat dalam mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Azman yang ditemui di lo?kasi penggambaran di Kuang, Selangor, baru-baru ini menyatakan elemen tanggung?jawab isteri kepada suami dan keluarga menjadi mesej penting untuk disampaikan pada penonton.

“Seperti Shakinah, anak mereka Bakar juga tidak mendapat kasih sayang ayah dengan sepenuhnya. Sehingga kehadiran Rozali yang juga bekas tunang Shakinah, cuba menghasut pemikiran wanita itu bersama anaknya.

“Judul Ikan Bakar merujuk kepada keluarga ini yang suka makan ikan bakar. Begitu juga, Rozali menghadiahkan ikan emas kepada Bakar, tetapi apabila ayahnya tidak sengaja membuang ikan itu, Bakar menjadi marah.

“Bagi saya, tanggungjawab isteri pada suami dan keluarga perlu ditekankan. Apa yang saya ingin fokus, bagaimana individu itu tabah berdepan dugaan Tuhan.

“Begitu juga, isteri harus menjaga ketaatan pada suami kerana ini menjadi kekuatan dalam mempertahankan rumah tangga,” katanya yang juga adik kepada pelakon dan produser handalan, Rosyam Nor.

Berdebar menanti tayangan,? Azman bersyukur kerana mendapat respons positif TV3 yang berpuas hati dengan hasil pertamanya bersama stesen swasta itu. Drama ini menjalani penggambaran selama seminggu di Kuang dan Ampang, Selangor.

“Gandingan pengarah dan pelakon memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang penggambaran ini. Malah, aspek sinematografi memberi kelebihan pada cerita apatah lagi saya berpeluang menggunakan khidmat pengarah fotografi (DOP) berpengalaman, Mohd Noor Mohd Kassim.

“Sejak dua tahun syarikat produksi saya ditubuhkan, ‘motto’ kerja kami adalah kreativiti diutamakan dan kualiti dicapai, sentiasa dititikberatkan.

“Soal pemilihan pelakon dibuat atas perbincangan bersama TV3 dan apabila saya mengambil Rusdi Ramli sebagai pelakon utama, ia mengingatkan saya ketika kami bersama berlakon drama Dendam Terlerai pada 1997.

“Bekerjasama dengan pengarah Yeop Hitler juga tidak memberikan masalah kerana dia seorang yang berfikiran terbuka yang boleh menerima pandangan orang lain termasuk kru produksi,” katanya.

PROFIL

JUDUL: Ikan Bakar
PRODUKSI: One Asia Creative & Trading Sdn Bhd
PRODUSER: Azman Nor Shamsuddin
PRODUSER EKSEKUTIF: Kay Haslinda Ramley
PENULIS SKRIP: Mohd Rohizan Ramli
PENGARAH: Mohd Latiff Zami @ Yeop Hitler
PENOLONG PENGARAH: Aainaa Khairuldin
PENGURUS PRODUKSI: Irwan Abd Ghani
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Zulkamal Thaqif Zamri
PEMBANTU PRODUKSI: Muhamad Nor Hisham Mazri
PENGARAH SENIMATOGRAFI: Mohd Noor Mohd Kassim
KESINAMBUNGAN: Nurlina Shafiqah Zakbah
PROP MASTER: Azrin Bin Dolmala
PROPMAN: Mohd Nasrul Muhklis
JURUSOLEK: R Hairey Nizam R Nordin Ahmad
HANDY: Mohd Firdaus Nadxaman
EDITOR: Azizi
PEMBANTU JURUKAMERA: Noor Azlan Noor Azmi
PENATA CAHAYA: Sazali Esa
KEY GRIP: Rosli Mohd Bukhari
PENATA BUNYI: Aliff Omar Osman
KRU: Ubaidilah Ula

PELAKON:
1. Rusdi Ramli (Baharom)
2. Lisdawati (Shakinah)
3. Danial (Bakar)
4. Zed Zaidi (Rozali)
5. Kismah Johar (Mak Shakinah)
6. Syed Ali (Mamat)
7. Aisyah Abdullah (Mak Rozali)
8. Ahmad Phazillah (Pak Abu)

PENAMPILAN KHAS:
1. Azman Nor Shamsuddin
2. Kay Haslinda Ramley
3. Yeop Hitler




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Idea spontan ketika penggambaran

MENCARI kepuasan dalam berkarya, pengarah Yeop Hitler Zami menyifatkan telefilem Ikan Bakar sebagai naskhah istimewa yang harus dipertontonkan pada khalayak.

Katanya, cerita ini mampu menyentuh perasaan penonton dengan kisah bapa bersifat keanak-anakan, tetapi masih berusaha menunjukkan kasih sayang pada anaknya.

“Saya sebenarnya sudah lama menunggu naskhah seperti ini. Apabila Azman memberi kepercayaan pada saya mengarah cerita ini, ia menjadi tanggungjawab pada saya bersama Mohd Noor menyampaikan secara visual.

“Pada saya, tiada masalah yang sukar berlaku ketika penggambaran. Cuma, menariknya saya mendapat idea penghujung cerita ini ketika penggambaran berlangsung.


“Idea ini datang spontan dan jarang berlaku pada diri saya sendiri sepanjang me?ngarah. Ketika saya menga?rah filem Janin dulu, situasi seperti ini pernah berlaku.


“Apabila idea datang ketika penggambaran, saya teruskan saja ia berlaku dan hasilnya boleh menjadi lebih menarik dari apa yang dirancangkan,” katanya.

Mengenai aspek lakonan, Yeop berpandangan Rusdi menunjukkan lakonan sangat konsisten termasuk barisan pelakon lain yang memberikan sepenuh komitmen.

“Lakonan Rusdi menjadi, tetapi tidak keterlaluan dan nampak bersahaja. Saya sangat berpuas hati dengan hasil lakonan dan saya percaya penonton mampu terima penyampaian cerita ini seadanya.

“Pada permulaan cerita diselitkan elemen komedi, tetapi pada suatu masa, ketika watak ini bersedih ia mampu membuat penonton berkongsi kesedihan itu.

“Boleh dikatakan penonton akan tersengih sampai sebak. Sepatutnya, kita mempunyai lebih banyak skrip yang membawa kisah sebegini berbanding kisah percintaan yang terlalu banyak ditayangkan.

“Cerita ini membawa mesej kita tidak seharusnya menilai seseorang hanya dari jauh tanpa memahami watak itu sendiri,” katanya mengenai karya ke-50 arahannya itu.

Yeop yang mula mengarah sejak Jeram Lesung pada 2003 merancang mahu terus fokus pada kerja pengarahan. Mengenai projek seterusnya, dia kini sibuk dengan projek filem baru, Bravo yang akan memulakan penggambaran pada Mac ini manakala akan bekerjasama dengan adiknya, Opie, untuk menunaikan impian arwah ayah mereka menerbitkan filem Orang Tua Dan Harimau.




Sumber Dari Harian Metro

JoHaRa kecohkan konti Era FM

PERTAMA kali digandingkan, mereka kelihatan cukup serasi bersama. Seawal jam 6 pagi lagi, mereka sudah bikin kecoh dengan celoteh di konti.

Bagi pendengar setia stesen radio Era FM, kemunculan Johan Raja Lawak menyertai keluarga penyampai stesen ini memberi kejutan ditunggu khusus pendengar setia.

Bermula 1 Januari lalu, Johan bergandingan bersama Shah Reza Mohd Shah (Ray) dan Haniff Hamzah mengendalikan segmen JoHaRa Pagi Era.

JoHaRa merujuk singkatan tiga nama penyampai, Johan, Haniff dan Ray tampil memberi pembaharuan pada pengenalan Era FM sempena tahun baru. Andai nama penyampai terdahulu - Khairil Rashid, Kieran, Aznil Nawawi (Pak Nil) dan Allahyarham Din Beramboi pernah menaikkan stesen ini, kini Johan menjadi sandaran baru dalam mengembalikan kegemilangan Era FM.


Johan yang dicungkil bakat menerusi program realiti Raja Lawak musim pertama dikenali dengan aksi jenaka spontan dan suka menyakat selebriti lain. Ketika ditemui selepas selesai menjalankan tugas pada hari kedua di Astro, Bukit Jalil Kuala Lumpur kelmarin, Johan kelihatan semakin menyesuaikan diri dengan kerja di konti bersama Ray dan Haniff.


Katanya, dia tidak berdepan masalah ketika ke udara apatah lagi perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk ke konti Era FM. Secara positif, dia berpandangan kerja awal pagi mendisiplinkan diri bangun awal.

“Selalunya saya bangun awal apabila mempunyai komitmen kerja. Bersama Ray dan Haniff, saya tidak rasakan ia tidak terlalu susah untuk mendapatkan keserasian.
“Sebagai orang baru, saya percaya perlu ambil masa belajar dengan cara kerja di konti. Saya sendiri suka mencuba sesuatu yang baru.

“Seperti bidang penyampai radio, ia masih sama dengan bidang seni lain cuma saya perlu berkarya menerusi kata-kata tanpa menunjukkan bahasa tubuh yang biasanya digambarkan secara visual,” katanya.

Johan akui sudah lama menerima beberapa tawaran termasuk dari Era FM sebagai penyampai radio sejak tahun lalu. Namun, ketika itu dia belum bersedia.

“Pada masa itu, saya fikir belum masanya saya ke radio kerana mahu fokus pada TV. Mungkin tahun ini adalah rezeki saya mencuba bidang penyampai radio.

“Adanya komitmen baru, saya kena bijak bahagikan masa sewajarnya. Kalau ada program TV, ia perlu dibuat selepas jam 11 pagi dan sebelum 11 malam, saya kena pastikan sudah balik ke rumah untuk tidur.

“Rehat yang cukup penting untuk saya mulakan tugasan di konti. Bagi saya, tidak guna ada duit banyak mana sekalipun tapi tak cukup rehat. Cabaran sebagai penyampai radio bukan mudah kerana otak kena cepat berfikir mencari idea secara spontan,” katanya pernah bertugas penyampai radio jemputan Era FM setiap Sabtu sejak Ogos lalu.

Bercerita perkembangan lain, Johan menyatakan dia terbabit dengan satu program komedi dan akan kembali ke lokasi penggambaran filem baru bersama Syamsul Yusof pada Februari manakala penggambaran musim baru, drama bersiri sebanyak 13 episod, Drogba & Rooney dijangka ke London pada April nanti.

Sebagai pelawak, Johan menyatakan karakter suka menyakat orang lain disukai peminat, tetapi dia tidak mahu dibuat secara keterlaluan.

Katanya, karakter sebegitu hanya ketika bekerja, tetapi di luar dia juga manusia biasa.

“Ada ketika saya pelik bila di tempat awam. Kalau buat tak tahu, orang kata saya sombong tapi saya minta agar peminat menyapa dengan elok,” katanya.

Bagi Ray, menimba pengalaman bersama Era FM sejak 2005 banyak memberi pengajaran padanya mendekati pendengar. Menerusi komen pendengar di facebook, (fb), Ray berpandangan Era FM masih menerima sokongan kuat pendengar walaupun kini berada pada kedudukan ketiga di kalangan stesen radio tempatan dengan purata 3.5 juta pendengar.

“Ketika mula bertugas dulu, saya bersama Haniff juga terkejut apabila digandingkan dengan Pak Nil. Ketika itu, saya masuk stesen ini bukan kerana Pak Nil tapi melihat peluang maju bersama Era FM.

“Bagi saya, pencapaian stesen ini semakin maju dan banyak aktiviti kami jalankan bersama pendengar secara ‘on ground’. Dalam berkomunikasi bersama pendengar, kemas kini aktiviti menerusi fb dan twitter cukup penting dalam menarik perhatian pendengar.

“Ada pendengar seronok apabila mendengar suara Johan dan Johan memberikan kelebihan popularitinya kepada stesen ini. Namun apa yang penting, saya percaya kerjasama perlu dititikberatkan agar menjadikan stesen ini terus maju,” katanya pernah setahun berkhidmat bersama X-Fresh FM (XFM).

Bersama Ray, Haniff pernah bergandingan sebagai penyampai X-Fresh FM pada 2008 dan kemudian menyertai Era FM sejak 2009.

“Sampai sekarang, masih ramai rindukan suara arwah Din. Ketika bersama Pak Nil, kami tidak berlawak dan boleh dikatakan unsur jenaka itu tiada.

“Namun, gandingan kami bertiga ketika itu tetap mempunyai keserasian. Pak Nil banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dengan Ray dan jarak usia antara kami dengan Pak Nil menjadikan segmen kami lebih menarik,” kata Haniff.

Sambil bersyukur pada Era FM kerana menaikkan namanya dikenali ramai pendengar, Haniff positif gandingan Johan bersama mereka memberi sandaran baru dinantikan pendengar.

“Komedi Johan tiada noktah dan atas faktor itu, dia menjadi tarikan. Malah, pembaharuan pada penyampai baru memang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Sementara itu, bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid turut muncul sebagai penyampai baru bergandingan bersama Adifashla mengendalikan segmen Petang Era dari 4 petang sehingga 8 malam.




Sumber Dari Harian Metro

Jupe, Gaston ingin pesta 7 hari 7 malam!

SEKSI...penampilan sebegini sudah jadi ‘makanan’ Jupe.
SEKSI...penampilan sebegini sudah jadi ‘makanan’ Jupe.

DILABEL sebagai simbol seks Asia, kehidupan pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia, Julia Perez, tidak pernah kering dengan sensasi. Ada saja kisah hangat dikaitkan dengan dirinya walaupun pada ramai artis lain, ia umpama ‘mimpi ngeri’ pada siang atau malam hari.

Namun, Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati, seolah-olah sudah lali dengan segala tanggapan sedemikian malah semakin berani tampil dengan penampilan yang ada masanya sangat seksi lagi menggiurkan.

Bintang seberang itu terus menjadi perbualan hangat di gelanggang industri hiburan apabila kisah percintaannya dengan bintang bola sepak kacak kelahiran Argentina dari Kelab Persiba di Indonesia, Gaston Castano.

Walaupun nampak sangat bahagia, Julia kini berdepan satu masalah besar. Masalah itu tidak lain daripada tentangan atau tiada restu daripada ibu Julia sendiri terhadap perhubungan cinta mereka yang dilaporkan mahu diakhiri ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.


Memandangkan usia Julia kini mencecah 31 tahun, dia yang lebih mesra dipanggil Jupe, ingin bernikah sekali lagi dan mengecapi hidup sebagai isteri. Namun, apa yang sangat mengecewakan Jupe, sehingga kini dia dikatakan masih gagal meraih kepercayaan ibunya untuk bernikah lagi dan kali ini dengan Gaston yang digilai ramai gadis lain.


Mungkin ibu Julia masih bimbang dan gusar berikutan kegagalan perkahwinan pertama Julia dengan bekas suaminya dulu. Julia pernah bernikah dengan seorang model, Damien Perez di Perancis pada tanggal 7 Oktober 2002 dan ia saat yang paling membahagiakannya pada masa itu.

Namun lama-kelamaan, gelora datang melanda. Rumah tangga Julia dengan Damien mula bergolak sehingga gagal dipertahankan lagi. Sampai satu peringkat iaitu pada Julai 2009, mereka bersetuju ke satu titik noktah. Pada awal Julai 2009, mereka akhirnya berpisah membawa haluan masing-masing.

Selepas perceraian itu, Jupe kembali solo, namun tidak pernah serik memburu cinta. Dia akhirnya berkenalan dengan Gaston pula dan terus jatuh cinta.

Percintaan mereka semakin ketara sehingga pada akhir 2009, Jupe dilaporkan dibawa pulang oleh Gaston ke Argentina untuk bertemu keluarganya. Dipercayai selepas itulah mereka mula menggores rencana untuk mengatur tarikh perkahwinan yang besar buat diri mereka.

“Saya benar-benar sangat impikan perkahwinan yang indah ini dan mengharapkan tahun ini ia akan terlaksana mengikut rancangan asal kami.

“Malah busana sempena hari terindah itu sudah saya tempah iaitu tujuh pasang dan setiap satu akan saya gayakan dalam acara selama tujuh hari tujuh malam itu.

“Syukurlah sekurang-kurangnya ayah sudah memberi keizinan terhadap perkahwinan ini, cuma sekarang saya hanya menunggu saat mendapat restu yang sebaik-baiknya daripada ibu pula.

“Lagipun usia sudah 31 tahun dan hakikatnya saya lebih tua berbanding Gaston yang baru 26 tahun, jadi apa lagi mahu ditunggu?” katanya.

Jupe setakat ini sudah membintangi 19 filem termasuk Coklat Stroberi (2007), Bukan Cinta Biasa (2009) dan Sumpah Ini Pocong! (2009) serta beberapa sinetron seperti Cinta Lokasi, Komedi Nakal, Iman dan Hidayah.

Julia tidak menyorok punca utama ibunya menghalang perkahwinan itu disebabkan dia tidak yakin Gaston mampu menyara Jupe dengan hanya bertunjangkan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Apa yang menggemparkan, Julia akui pernah memasang niat untuk kahwin lari, namun hatinya tidak sekejam itu kerana masih berpegang teguh dan percaya kepada restu orang tua. Baginya itu adalah antara kunci utama kepada sesebuah perkahwinan yang berjaya apatah lagi selama ini, ibunya insan yang sangat penting dalam membesarkan dirinya sehingga menjadi manusia yang berjaya.

Walaupun sangat mencintai Gaston, timbul juga rasa khuatir di hati Julia kalau-kalau satu hari kelak, apabila sudah bosan, Gaston mungkin akan meninggalkannya.

“Maklumlah dia masih muda dan saya ini perempuan. Saya tidak peduli hal ini kalau saya lelaki tapi saya tetap seorang perempuan. Apa yang penting, saya perlu ada sasaran untuk mengakhiri perkahwinan ini sebelum terlambat,” katanya.

Menelusuri perjalanan hidup wanita keturunan Sunda-Betawi ini, Jupe memulakan kariernya sebagai pelatih setiausaha di sebuah syarikat swasta di Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di Belanda.

Di situlah dia berkenalan dengan bekas suami, Damien dan daripada perkenalan itu, Jupe mendapat kesempatan muncul sebagai model bagi majalah FHM dan Maxim di Perancis.

Sekembalinya ke tanah air, Jupe melebarkan sayapnya dan menembusi satu demi satu cabang industri hiburan bermula 2002.

Pada 2008, album sulungnya berjudul Kamasutra diterbitkan dan sekali lagi mengundang kontroversi apabila turut menyelitkan kondom dalam album terbabit ketika album berkenaan dilancarkan.

Meskipun niat asalnya adalah untuk menyokong kempen kesedaran pencegahan HIV dan Aids, usahanya tetap dikecam kerana sangat tidak senonoh dan memalukan masyarakat.

Pada awal Mac 2010, Jupe kembali sensasi apabila menunjukkan sifat beraninya umpama tiada had dengan mencalonkan dirinya bertanding sebagai calon parti politik Bupati Pacitan untuk pilihan raya pada Disember 2010.

Biarpun banyak suara sumbang berikutan pencalonan itu, ia tidak sedikit pun menggugat Jupe daripada berdiri di depan orang ramai dan meneruskan perjuangannya.

Bagaimanapun, Jupe tewas dalam persaingan kuasa itu namun atas keberaniannya untuk bertanding dengan semangat jitu, dia dianugerahkan gelaran Nyi Mas Ayu Tumenggung oleh pihak diraja istana di Surakarta.




Sumber Dari Harian Metro

Isu logo halal selesai

SEJAUH mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita membelinya tanpa ragu-ragu.

Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau bertudung.


Persoalannya sekarang ialah sama ada logo halal yang ditampal itu diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main). Isu ini sudah lama berlarutan, di sebalik aduan orang ramai serta pendedahan media, masih terdapat ribuan restoran dan produk makanan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Alasan mereka mudah, mahu menjimatkan masa dengan membeli logo halal daripada syarikat swasta. Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama kerana pihak berkuasa akan meneliti dan memeriksa semua aspek termasuk kebersihan premis.

Bermula tahun ini, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.


Berbeza dengan APD 1972, mengikut Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 tidak menyatakan nama pihak berkuasa sehingga menyebabkan kekeliruan, maka dengan itu, Jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggubal APD 2011 dengan menyebut Jakim dan Main sebagai agensi mengeluarkan sijil dan logo halal.


Menjelaskan lanjut, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, terdapat dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan dengan pensijilan halal iaitu Seksyen 28 dan Seksyen 29.

“Seksyen 28 memperuntukkan kuasa menteri mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan. Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada ungkapan digunakan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau dalam hal keadaan dinyatakan dalam perintah itu, maka berdasarkan seksyen ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya.


Beliau berkata, Seksyen 29 pula, menteri boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa untuk memperakukan, menandakan, membekalkan atau menawarkan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal. “Maka berdasarkan seksyen ini, Menteri KPDNKK mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, Jakim dan Main dinamakan sebagai agensi pensijilan halal di negara ini yang diiktiraf mengikut APD 2011 sekali gus tiada lagi logo halal lain kecuali logo halal Malaysia,” katanya.

Terdapat tujuh perkara mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang menetapkan suatu makanan, barangan atau perkhidmatan memakai perkataan 'halal' atau mana-mana istilah lain menunjukkan ia boleh digunakan orang Islam iaitu tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang dilarang hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; tidak mengandungi unsur najis mengikut hukum syarak; tidak memabukkan mengikut hukum syarak; tidak mengandungi bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan hukum syarak; selamat digunakan atau dimakan, tidak beracun, atau tidak memudaratkan kesihatan.


Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis mengikut hukum syarak dan dalam masa penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dilarang Islam serta terdapat unsur najis.


Othman berkata, mana-mana pihak membekalkan atau menawar makanan yang memperdaya atau mengelirukan orang ramai dengan menyatakan ia halal sudah melakukan kesalahan.


“Perbuatan itu termasuk penggunaan ayat suci al-Quran, perkara atau objek berkaitan dengan agama Islam di premis atau di bekas makanan,” katanya.


Jika kesalahan itu dilakukan pertubuhan perbadanan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta. Bagi individu, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pula menetapkan hanya Jakim dan Main sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Tiada seorang pun boleh memperaku bahawa mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal selain daripada pihak berkuasa berkenaan.


Bagi mendapatkan perakuan daripada pihak berkuasa itu, pemohon perlu mematuhi semua standard, prosedur dan pekeliling ditentukan Ketua Pengarah Jakim. Semua makanan atau barangan import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal kecuali diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim. Denda kesalahan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jika membabitkan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya RM500,000.


Individu yang sabit kesalahan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Othman berkata, APD 2011 sudah dikuatkuasakan pada 1 November 2011, tetapi kedua-dua perintah itu hanya berkuatkuasa bermula 1 Januari lalu. “Bagaimanapun, Jakim memberikan tempoh satu tahun selepas berkuatkuasa perintah ini kepada mana-mana syarikat yang menggunakan logo halal syarikat swasta untuk menukarkannya, tetapi ia hanya bagi produk menggunakan pembungkusan atau kotak,” katanya.


Beliau berkata, menerusi penguatkuasaan itu, isu penggunaan logo halal tidak diiktiraf yang membelenggu pengguna Islam selama ini dapat diselesaikan, namun tidak menolak kemungkinan usaha pihak tidak bertanggungjawab tetap akan ada.


“Sehubungan itu kami dengan disokong kementerian serta agensi berkaitan sentiasa bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan. Saya juga berharap masyarakat mengambil berat mengenai logo halal yang dikeluarkan selepas ini kerana ia bukan saja membuktikan produk itu halal, tetapi menunjukkan tahap kebersihan serta kesucian semua peringkat proses pembuatannya,” katanya.


Selain itu, Jakim turut merancang pelbagai pendekatan menghebahkan APD2011 dengan motto 1 Halal 1 Malaysia merangkumi program jelajah bagi memberi penjelasan mengenai perintah itu termasuk melalui media massa selain kepada pihak industri, agensi kerajaan berkaitan termasuk melalui khutbah dan kempen pintu ke pintu.


Penulis wartawan Harian Metro




Sumber Dari Harian Metro

Beberapa jalan utama sekitar bandar raya Kuching terjejas akibat banjir kilat

KUCHING: Beberapa jalan utama sekitar bandar raya Kuching pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini sekaligus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi Bernama berkata jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.

"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.

Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.


Menurutnya banjir yang melanda bandar raya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. -- BERNAMA




Sumber Dari Harian Metro

Dua maut bertembung

LEDANG: Dua pemandu maut apabila lori satu tan dipandu mereka bertembung dalam kemalangan ngeri di KM53, Jalan Bukit Serampang-Kebun Baru dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, lori muatan getah beku dipandu Pang Sin Choy, 39, bertembung sebuah lori tanpa muatan dipandu Ithnin Yahya, 45, dari arah bertentangan.


Difahamkan, kejadian berpunca apabila salah sebuah daripada lori berkenaan tersalah memasuki laluan lalu bertembung secara berdepan.

Perlanggaran itu menyebabkan Ithnin, tercampak keluar dari lori yang dipandunya manakala Pang tersepit di tempat duduk pemandu.


Ithnin dari Durian Tunggal, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di anggota badan, manakala Pang dari Kota Tinggi, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan dikejarkan ke Klinik Bukit Serampang untuk mendapatkan rawatan.


Bagaimanapun, Pang gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di anggota badan dan disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.




Sumber Dari Harian Metro

Monday 2 January 2012

Tunang pelakon kecewa

ALOR SETAR: “Saya memang rasa kecewa disebabkan keluar benda (cerita negatif) seperti mahu memburuk-burukkan imej seolah-olah nampak jahat sangat, tetapi saya tidak mahu melenting kerana cerita itu tidak betul.”

Begitu kata jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin, 28, yang mengikat tali pertunangan dengan pelakon drama Tentang Dhia, Izreen Azminda Mohd Aznam, 27, di Jalan Kanchut, dekat sini, semalam.

Muhamad Riza berkata, kontroversi melanda perhubungan mereka mungkin ditujukan kepadanya, tetapi dia berbesar hati apabila tunangnya itu menerima semua tuduhan dengan sabar selain berfikiran positif.

Menurutnya, ketika hubungan mereka mulai rapat sejak tiga bulan lalu hingga mengikat tali pertunangan, dia sudah berterus-terang dengan Izreen Azminda berhubung status diri sebagai duda anak satu, tetapi menafikan segala laporan bersifat fitnah berkenaan.


“Saya tidak pernah bertunang dengan Rafeda, malah dakwaan saya ada anak luar nikah, gugur bayi, itu semua tak betul. Orang yang bercakap itu, patutnya beri bukti, kalau ada anak itu, saya sanggup buat ujian darah.


“Memang saya pernah berkahwin, tetapi bukan dengan (Julia Daud) isteri pelakon Badrul Muhayat seperti didakwa dan bekas isteri saya adalah orang biasa di mana perkahwinan kami selama dua tahun dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia setahun tiga bulan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Sumber Dari Harian Metro

Tidak mampu berubat

BALING: Sebelum subuh iaitu seawal jam 4 pagi, Siti Aishah Ayub, 49, ibu kepada 12 anak mula mengutip ranting atau kayu di sekeliling rumah bagi menyalakan dapur kayu untuk memanaskan air dan menyediakan sarapan kepada suami, Mat Ali Mat Zain, 54, selain bekalan kepada anaknya yang masih bersekolah.

Selepas azan, si ayah mula mandi dan menunaikan solat sebelum menghantar anak ke sekolah. Dia kemudian ke kebun menoreh getah sehingga tengah hari, selain membantu isteri berkebun. Jika tanaman membuahkan hasil, Siti Aishah akan menjual hasil tanaman ke kedai berhampiran.


Itulah rutin harian keluarga itu yang hidup dalam serba kekurangan terutama selepas dihalau daripada mendiami rumah di tanah milik orang lain sebelum mereka mendirikan rumah baru di tanah pusaka di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, di sini.

Mereka terpaksa berhimpit dalam rumah di kawasan dusun yang tidak ubah seperti pondok dan kelihatan usang selain tidak mempunyai bilik dan tandas selesa.


Apa tidaknya, sembilan anak dan seorang cucu masih tinggal bersama Mat Ali dan Siti Aishah di rumah diperbuat daripada kayu hutan dan barang terbuang sejak lebih lapan bulan lalu, manakala tiga lagi tinggal bersama keluarga masing-masing.


Wartawan Harian Metro yang berkongsi pengalaman menghabiskan masa semalaman bersama keluarga itu tidak sampai hati untuk berhimpit bersama dan ingin tidur di bahagian para depan rumah bertemankan selimut dan bantal, namun dihalang ketua keluarga itu dengan alasan tetamu harus diberikan keselesaan.

Akur dengan keputusan itu, wartawan dipelawa baring di tilam usang milik pasangan itu, namun kira-kira sejam terjaga akibat gigitan nyamuk dan kesejukan, air mata menitis melihat Mat Ali meringkuk di luar rumah berselimut tuala dengan kepala berlapikkan tangan.


Bunyi lantai rumah ketika wartawan berjalan mengejutkan Mat Ali daripada tidur, menyebabkan kami berbual sehingga Siti Aishah bangun menyiapkan air panas dan pisang goreng untuk sarapan dan ketika inilah wartawan berpeluang bersembang dengan mereka.

Pondok usang keluarga itu hanya berlantai pinang, dinding papan terbuang, atap zink reput sebagai tempat berteduh.


Mat Ali berkata, mereka tinggal 12 beranak di dalam pondok itu dan berhimpit tempat tidur kerana tidak mampu membina rumah yang lebih selesa akibat dihimpit kemiskinan.


Menurutnya, tiga daripada anaknya sudah berumahtangga dan mereka tinggal bersama keluarga masing-masing di Alor Setar dan Kuala Lumpur.


Selain anak yang masih bersekolah, lebih memeritkan Mat Ali yang hanya mengambil upah menoreh ialah keadaan kesihatan isteri yang menghidap sakit buah pinggang, di mana hanya sebelah masih berfungsi.


“Memang penghantaran dilakukan percuma oleh Hospital Baling, namun kos perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar tidak mampu ditanggung, menyebabkan seorang kakitangan hospital itu menasihatkan isteri saya meminum air rebusan daun misai kucing yang mudah diperoleh.


“Dengan pendapatan yang tak menentu, saya terpaksa membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki supaya anak tidak berlapar dan Alhamdulillah, kerja bercucuk tanam yang dilakukan bersama isteri serba sedikit membolehkan kami menambah pendapatan iaitu RM60 sebulan selain upah menoreh RM400 selain bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM),” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

Dua beradik lemas di laut

KOTA TINGGI: “Saya hampir berjaya mencapai Hazim dan Hasief tetapi kaki tiba-tiba kejang menyebabkan terpaksa berpatah balik dengan mengapungkan badan dan hanya mampu melihat dua anak saudara saya itu hilang ditelan ombak,” kata Md Nor Mamat, 19, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi kelmarin, Hazim Suhaimi, 20, serta abangnya Hasief, 25, lemas apabila dihanyutkan ombak besar ketika bermain di tepi Pantai Desaru, Bandar Penawar di sini dan Md Nor yang berada berhampiran cuba menyelamatkan dua beradik berkenaan, namun gagal. Dua beradik berkenaan dikatakan pergi berkelah di pantai itu dengan bapa mereka, Suhaimi Mamat, 52, selepas sekian lama tidak bersua.


Menurut Md Nor, kejadian berlaku ketika dia bersama dua beradik itu sedang bermain di tepi pantai apabila Hazim tiba-tiba dihanyutkan ombak besar manakala Hasief cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan ombak menyebabkan kedua-dua mereka dihanyutkan kira-kira 30 meter ke tengah laut.

“Selepas berpatah balik, beberapa pengunjung turut cuba membantu dengan berenang ke arah dua anak saudara tetapi gagal selepas kedua-duanya ditelan ombak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).


Md Nor sedih kerana gagal menyelamatkan dua beradik berkenaan tetapi reda dengan kejadian.


Sementara itu, ibu mangsa, Fauziah Mamat, 51, berkata, dia reda dengan ujian Ilahi itu.

“Saya baru saja melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jaya, Johor Bahru pada 26 Disember lalu. Sebelum ini saya bertugas di SK Tenggaroh 3, Mersing, selama setahun setengah.


“Hanya Hazief saya beritahu pertukaran itu empat hari lalu dan merahsiakannya daripada Hazim kerana mahu memberi kejutan kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Fauziah, dia tidak sangka dikejutkan pula dengan berita pemergian dua anak kesayangannya itu.




Sumber Dari Harian Metro