Harimau Muda Menang Pingat Emas Sukan SEA 26

Skuad bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) muncul pemenang pingat emas acara bolasepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta selepas menumpaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Kumpulan SEARCH bakal menemui peminat-peminatnya dengan siri konsert jelajah KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang (19 Nov), Johor Bahru (3 Dec) dan Kuala Lumpur (17 Dec).

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label LOKASI. Show all posts
Showing posts with label LOKASI. Show all posts

Friday, 6 January 2012

BORAK LOKASI: Timba ilmu bersama pengarah berpengalaman

TERJUN dalam bidang pe?ngarahan tanpa pengalaman menuntut ilmu di menara gading, memberikan pengalaman baru dan menarik pada Aainaa Khairuldin atau Aina.

Katanya, minat mencuba menjadi penolong pengarah hadir selepas dia mengikuti? jadual kerja pengarah berpengalaman, Faisal Ishak sebelum diberi peluang untuk mengarah sendiri.

“Selama tiga tahun saya menjadi pembantu peribadi pada abang Faisal dan dari situ saya belajar selok-belok bidang pengarahan dan kerja produksi.

“Saya mencuba bidang ini kerana minat mendalam dan selepas tiga tahun bekerja sebagai penolong pengarah, saya berminat untuk teruskan kerjaya ini,” katanya memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan.


Merujuk pada penggambaran telefilem Ikan Bakar, Aina menyatakan dia tidak berdepan dengan sebarang masalah. Faktor kerjasama dan komitmen baik antara pelakon dan kru memudahkan jadual penggambaran berjalan lancar.


“Pelakon utama, Danial tidak memberi masalah kerana dia pernah berlakon. Cuma, saya perlu memberi lebih penera?ngan dan latihan pada pelakon kanak-kanak lain yang pertama kali berlakon.

“Bagi saya, cerita ini menarik kerana ada watak antagonis seperti Rozali yang cuba mengambil kesempatan pada Shakinah,” katanya.

Pernah menimba pelbagai pengalaman kerja bersama pengarah berpengalaman lain termasuk Aziz M Osman, Adam Hamid dan Michael Ang, Aina menganggap setiap pengarah mempunyai cara kerja tersendiri dan disiplin yang kuat.

“Memang pada awal, saya kena marah dengan abang Aziz ketika terbabit dengan penggambaran drama bersiri Comel. Bersama abang Faisal pula, saya belajar cara menyusun jadual dan teliti dari aspek perancangan.

“Perancangan saya selepas ini masih mahu teruskan kerjaya ini dan jika ada peluang, saya ingin menimba pengalaman kerja dalam bidang filem,” katanya pernah terbabit penggambaran drama bersiri, Wasiat arahan Faisal Ishak.




Sumber Dari Harian Metro

Thursday, 5 January 2012

BORAK LOKASI: Suami dibomohkan ibu mentua

PERASAAN amarah Bakar tidak dapat dibendung lagi. Sindiran kawan-kawan terhadap ayahnya, Baharom, membuatkan dia rimas. Ketika melangkah ke dalam surau, Bakar bertembung dan terlanggar ayahnya, membuatkan rakan-rakan lain ketawa besar.

Tanpa disedari ayahnya, Bakar nekad menumbuk seorang rakannya yang menyindir itu. Aksi Bakar dengan rakannya menjadi babak menarik yang ingin disampaikan menerusi telefilem Ikan Bakar akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Sabtu ini, mulai jam 10 malam.

Produser, Azman Nor Shamsuddin, berkata cerita ini memapar pengorbanan isteri taat pada suami walaupun menempuh pelbagai dugaan. Telefilem kedua terbitan produksi One Asia Creative & Trading Sdn Bhd selepas drama 13 episod, Pintu Mistik mengisahkan watak utama Shakinah menggalas tugas isteri, ibu dan ketua keluarga selepas suaminya mengalami masalah terencat akal.

“Suaminya berperwatakan seperti keanak-anakan selepas dia dikatakan mengalami demam panas. Sebenarnya suami itu iaitu Baharom ‘dibomohkan’ ibu mentuanya sendiri.


“Ada pelbagai adegan menunjukkan perbuatan jahat itu berlaku seperti bomoh menurun dan ibu melakukan solat taubat meminta ampun atas dosa yang dilakukan.


“Bagi saya, cerita ini menarik dari awal penceritaan sehingga penghujung yang memberi kesedaran kepada penonton. Mengikut skrip asal, keluarga Shakinah digambarkan hidup miskin, tetapi ia diubah agar menampakkan dia boleh hidup berdikari sehingga berjaya mengusahakan kebun sayur miliknya.

“Saya fikir cerita Melayu harus mengubah persepsi apabila kisah sedih, ia adalah orang miskin. Merujuk situasi sekarang, ramai orang Melayu sudah berjaya dalam hidup walaupun tinggal di kampung.

“Ini membuktikan orang kita mempunyai keyakinan tinggi untuk berjaya, tabah berdepan cabaran dan berbakat dalam mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Azman yang ditemui di lo?kasi penggambaran di Kuang, Selangor, baru-baru ini menyatakan elemen tanggung?jawab isteri kepada suami dan keluarga menjadi mesej penting untuk disampaikan pada penonton.

“Seperti Shakinah, anak mereka Bakar juga tidak mendapat kasih sayang ayah dengan sepenuhnya. Sehingga kehadiran Rozali yang juga bekas tunang Shakinah, cuba menghasut pemikiran wanita itu bersama anaknya.

“Judul Ikan Bakar merujuk kepada keluarga ini yang suka makan ikan bakar. Begitu juga, Rozali menghadiahkan ikan emas kepada Bakar, tetapi apabila ayahnya tidak sengaja membuang ikan itu, Bakar menjadi marah.

“Bagi saya, tanggungjawab isteri pada suami dan keluarga perlu ditekankan. Apa yang saya ingin fokus, bagaimana individu itu tabah berdepan dugaan Tuhan.

“Begitu juga, isteri harus menjaga ketaatan pada suami kerana ini menjadi kekuatan dalam mempertahankan rumah tangga,” katanya yang juga adik kepada pelakon dan produser handalan, Rosyam Nor.

Berdebar menanti tayangan,? Azman bersyukur kerana mendapat respons positif TV3 yang berpuas hati dengan hasil pertamanya bersama stesen swasta itu. Drama ini menjalani penggambaran selama seminggu di Kuang dan Ampang, Selangor.

“Gandingan pengarah dan pelakon memberikan komitmen yang cemerlang sepanjang penggambaran ini. Malah, aspek sinematografi memberi kelebihan pada cerita apatah lagi saya berpeluang menggunakan khidmat pengarah fotografi (DOP) berpengalaman, Mohd Noor Mohd Kassim.

“Sejak dua tahun syarikat produksi saya ditubuhkan, ‘motto’ kerja kami adalah kreativiti diutamakan dan kualiti dicapai, sentiasa dititikberatkan.

“Soal pemilihan pelakon dibuat atas perbincangan bersama TV3 dan apabila saya mengambil Rusdi Ramli sebagai pelakon utama, ia mengingatkan saya ketika kami bersama berlakon drama Dendam Terlerai pada 1997.

“Bekerjasama dengan pengarah Yeop Hitler juga tidak memberikan masalah kerana dia seorang yang berfikiran terbuka yang boleh menerima pandangan orang lain termasuk kru produksi,” katanya.

PROFIL

JUDUL: Ikan Bakar
PRODUKSI: One Asia Creative & Trading Sdn Bhd
PRODUSER: Azman Nor Shamsuddin
PRODUSER EKSEKUTIF: Kay Haslinda Ramley
PENULIS SKRIP: Mohd Rohizan Ramli
PENGARAH: Mohd Latiff Zami @ Yeop Hitler
PENOLONG PENGARAH: Aainaa Khairuldin
PENGURUS PRODUKSI: Irwan Abd Ghani
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Zulkamal Thaqif Zamri
PEMBANTU PRODUKSI: Muhamad Nor Hisham Mazri
PENGARAH SENIMATOGRAFI: Mohd Noor Mohd Kassim
KESINAMBUNGAN: Nurlina Shafiqah Zakbah
PROP MASTER: Azrin Bin Dolmala
PROPMAN: Mohd Nasrul Muhklis
JURUSOLEK: R Hairey Nizam R Nordin Ahmad
HANDY: Mohd Firdaus Nadxaman
EDITOR: Azizi
PEMBANTU JURUKAMERA: Noor Azlan Noor Azmi
PENATA CAHAYA: Sazali Esa
KEY GRIP: Rosli Mohd Bukhari
PENATA BUNYI: Aliff Omar Osman
KRU: Ubaidilah Ula

PELAKON:
1. Rusdi Ramli (Baharom)
2. Lisdawati (Shakinah)
3. Danial (Bakar)
4. Zed Zaidi (Rozali)
5. Kismah Johar (Mak Shakinah)
6. Syed Ali (Mamat)
7. Aisyah Abdullah (Mak Rozali)
8. Ahmad Phazillah (Pak Abu)

PENAMPILAN KHAS:
1. Azman Nor Shamsuddin
2. Kay Haslinda Ramley
3. Yeop Hitler




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Idea spontan ketika penggambaran

MENCARI kepuasan dalam berkarya, pengarah Yeop Hitler Zami menyifatkan telefilem Ikan Bakar sebagai naskhah istimewa yang harus dipertontonkan pada khalayak.

Katanya, cerita ini mampu menyentuh perasaan penonton dengan kisah bapa bersifat keanak-anakan, tetapi masih berusaha menunjukkan kasih sayang pada anaknya.

“Saya sebenarnya sudah lama menunggu naskhah seperti ini. Apabila Azman memberi kepercayaan pada saya mengarah cerita ini, ia menjadi tanggungjawab pada saya bersama Mohd Noor menyampaikan secara visual.

“Pada saya, tiada masalah yang sukar berlaku ketika penggambaran. Cuma, menariknya saya mendapat idea penghujung cerita ini ketika penggambaran berlangsung.


“Idea ini datang spontan dan jarang berlaku pada diri saya sendiri sepanjang me?ngarah. Ketika saya menga?rah filem Janin dulu, situasi seperti ini pernah berlaku.


“Apabila idea datang ketika penggambaran, saya teruskan saja ia berlaku dan hasilnya boleh menjadi lebih menarik dari apa yang dirancangkan,” katanya.

Mengenai aspek lakonan, Yeop berpandangan Rusdi menunjukkan lakonan sangat konsisten termasuk barisan pelakon lain yang memberikan sepenuh komitmen.

“Lakonan Rusdi menjadi, tetapi tidak keterlaluan dan nampak bersahaja. Saya sangat berpuas hati dengan hasil lakonan dan saya percaya penonton mampu terima penyampaian cerita ini seadanya.

“Pada permulaan cerita diselitkan elemen komedi, tetapi pada suatu masa, ketika watak ini bersedih ia mampu membuat penonton berkongsi kesedihan itu.

“Boleh dikatakan penonton akan tersengih sampai sebak. Sepatutnya, kita mempunyai lebih banyak skrip yang membawa kisah sebegini berbanding kisah percintaan yang terlalu banyak ditayangkan.

“Cerita ini membawa mesej kita tidak seharusnya menilai seseorang hanya dari jauh tanpa memahami watak itu sendiri,” katanya mengenai karya ke-50 arahannya itu.

Yeop yang mula mengarah sejak Jeram Lesung pada 2003 merancang mahu terus fokus pada kerja pengarahan. Mengenai projek seterusnya, dia kini sibuk dengan projek filem baru, Bravo yang akan memulakan penggambaran pada Mac ini manakala akan bekerjasama dengan adiknya, Opie, untuk menunaikan impian arwah ayah mereka menerbitkan filem Orang Tua Dan Harimau.




Sumber Dari Harian Metro

Thursday, 29 December 2011

BORAK LOKASI: Lebih fokus pada pelakon

MENCARI sudut menarik untuk dirakam menjadi tanggungjawab hakiki dilalui jurukamera. Pengalaman sama ditimba Azri Izhar yang banyak terbabit dengan pelbagai penggambaran drama termasuk filem.

Mula berkecimpung dalam kerja kamera sejak 1990, Azri menyatakan setiap syot yang diambil penting dalam menyampaikan mesej dan menyampaikan penceritaan lebih jelas pada watak.

“Bekerja dengan cara pengarahan Khir, kamera tidak banyak bergerak kerana dia lebih mahukan syot statik. Drama ini sebenarnya lebih fokus pada aspek lakonan pelakon itu sendiri.

“Banyak adegan luar rumah dirakam manakala penggambaran pada waktu siang dan malam boleh dikatakan seimbang. Saya percaya drama ini menarik kerana ia menggambarkan kisah masyarakat Cina, tetapi pembikinannya dibuat produksi Melayu.


“Secara peribadi, kepuasan lebih pada filem kerana drama selalunya menggunakan satu lensa berbanding filem yang mempunyai skop lebih besar. Aspek teknikal sukar untuk diceritakan secara tulisan tetapi apa yang penting, ‘treatment’ filem lebih menyeronokkan,” katanya.


Azri yang sudah empat kali bekerjasama dengan Khir mengakui dia selesa untuk bekerja lagi dengan pengarah ini yang juga anak kepada penyanyi terkenal 60-an, Datuk A Rahman Hassan bersama Datin Azizah Mohamad.

“Khir seorang pengarah yang sangat berbakat dari aspek kerja, bahasa yang digunakan malah dia berkomunikasi dengan jelas ketika di lokasi penggambaran membuatkan semua kru dan pelakon faham apa kehendaknya.

“Apabila bekerja dengan orang yang kita selesa, saya sendiri seronok untuk menyiapkan sesuatu karya itu. Selepas ini, saya mempunyai satu projek bersama Khir yang dijangka penggambaran pada awal Februari tahun depan,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Paparan cinta dua bangsa, agama

SUASANA tenang dengan kicauan burung cukup mendamaikan. Di luar sebuah banglo, kelihatan beberapa tanglung menghiasi halaman depan pintu masuk utama sebuah banglo.

Dekorasi itu menandakan sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelang tiba. Menjenguk ke dalam rumah, kedengaran suara seorang ibu dengan anaknya bersembang. Sesekali mereka bertekak apabila ibu, Madam Su menegur sikap teman lelaki anak perempuannya, Jenny.

Itu antara babak drama terbaru, Tanglung Bulan Semalam yang kini selesai menjalani penggambaran di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Menampilkan pelakon baru yang semakin meningkat populariti, Adeline Tse sebagai Jenny, drama ini juga dijayakan Mandy Chong (Madam Su) dan Irfan Roslan yang melakonkan watak teman lelaki Jenny, Razlan.


Drama yang diterbitkan khusus untuk slot tayangan sempena Tahu Baru Cina nanti membawa kisah mengenai pergolakan hubungan antara ibu dengan anak dan kekasih anaknya yang berbangsa Melayu.


Pengarah, Khir Rahman yang bertanggungjawab meneraju penggambaran drama ini menyatakan plot drama ini masih mempunyai tarikan untuk disampaikan kepada penonton walaupun kisah cinta antara gadis Cina dengan lelaki Melayu sudah banyak kali disentuh.

Namun, duduk di kerusi pengarah memberikan cabaran hebat kepada Khir untuk mengolah cerita ini menjadi menarik dari aspek penyampaian lakon dan syot yang dirakam. Pengarah filem ...Dalam Botol ini mengakui cabaran menghasilkan drama ini suatu yang berbeza.

“Berkarya menerusi drama lebih terhad berbanding filem. Ia bermaksud terhad dari aspek masa penggambaran dan bajet yang diperuntukkan.

“Begitu juga penggunaan pertuturan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat Cina memberi suatu tarikan kepada penonton Melayu. Saya percaya adanya drama menonjolkan budaya masyarakat Cina seperti ini, masyarakat lain seperti Melayu akan lebih faham.

“Secara positif, drama ini berusaha mengangkat martabat bahasa Malaysia itu sendiri, tetapi ia bukanlah realiti yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat kita sendiri,” katanya kepada Rap, ketika ditemui di lokasi penggambaran.

Khir berkata, tidak dinafikan pertembungan hubungan cinta individu yang berbeza bangsa dan agama suatu yang ‘klise’ tetapi drama ini secara tidak langsung menjadi kempen 1Malaysia.

“Apa yang penting, lakonan itu tidak dibuat-buat untuk menampakkan kempen ini. Drama ini juga menjadi usaha dalam menyatukan masyarakat kita berbilang bangsa dan agama.

“Kehidupan masyarakat campur ini sudah lama kita praktikkan sejak zaman dulu lagi. Bagi saya sendiri, ini pengalaman pertama saya mengarah cerita yang bukan budaya sendiri.

“Memberi cabaran pada saya membuat kajian mengenai budaya masyarakat Cina seperti cara minum teh dengan betul dan meletakkan tanglung di tempat sepatutnya,” ujar Khir.

Produser Eksekutif, Basree Rakijan, pula berkata pemilihan pelakon terbabit dalam drama ini dibuat atas perbincangan bersama pihak produksi dengan stesen TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama ini dijangka tayangan sempena Tahun Baru Cina, tahun depan.

“Ketika menghantar kertas kerja projek ini, kami memberikan beberapa nama pelakon sebagai cadangan. Sepanjang penggambaran, saya melihat antara pelakon mempunyai keserasian.

“Penggambaran juga berjalan lancar walaupun mengambil masa lebih sehari dari lapan hari dirancang kerana faktor hujan. Turut memberi tarikan pada drama ini adalah penggunaan tanglung sebagai props termasuk tanglung istimewa dinamakan Tanglung Bulan Semalam,” katanya.

PROFIL

JUDUL: Tanglung Bulan Semalam
PRODUKSI: Shahril Associates Advertising & Design Sdn Bhd
PRODUSER EKSEKUTIF: Basree Rakijan
PENGARAH: Khir Rahman
PENOLONG PENGARAH: Abdul Rahim Zali
PENGURUS PRODUKSI: Misnin Mohd Ehsan
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Hishamuddin A Rahman
PENGURUS PERALATAN: Noor Hazan Rashid
PENULIS SKRIP/LAKON LAYAR: Siti Jasmina Ibrahim
JURUKAMERA: Azri Izhar
PROPSMAN: Zulkifli Othman
JURUSOLEK: Ibrahim Yusoff
PRAKTIKAL: Rezkie Permana Putra (Universiti Malaya)
JURUFOTO: Kiko Ardian Sjah
PELAKON:
1. Adeline Tsen
2. Mandy Chong
3. Irfan Roslan
4. Kenji Sawahii
5. Collan Koo
6. O Shen
7. Jay Iswazir
8. Nadia Mustafa
9. Kalpana Devi




Sumber Dari Harian Metro

BORAK LOKASI: Tukar banglo orang Melayu jadi rumah Cina

TERBABIT dengan kerja belakang tabir, pasti?nya memberi cabaran dan tekanan pada kru untuk memastikan segala bahan penggambaran memenuhi kehendak produksi.

Akui Noor Hazan Rashid yang bertanggungjawab sebagai pengurus peralatan menyatakan cabaran dalam drama ini memerlukan dia mencari props seperti tanglung dan menukar banglo milik orang Melayu menggambarkan seperti rumah Cina.

“Dalam drama ini, ada dua tanglung istimewa yang mempunyai catatan nama penulis dalam tulisan jawi. Sebenarnya, Tanglung Bulan Semalam ini hanya imaginasi penulis skrip.

“Bagi saya, masa dan bajet memberi kekangan dalam mendapatkan ‘props’ yang dimahukan. Jika esok penggambaran baru nak dijalankan tetapi hari ini baru dapat bajet, ia agak kelam-kabut untuk mencari ‘props’.


“Begitu juga, sepatutnya perancangan produksi mahu menggunakan tokong sebagai props untuk menampakkan ia adalah rumah masyarakat Cina, tetapi atas perbincangan dengan pengarah, perkara ini dapat ditukar.


“Apa yang digambarkan adalah suasana menyambut Tahun Baru Cina dan bagaimana Madam Su masih menjaga adat resam budayanya. Dalam cerita ini, Madan Su asyik ter?ingatkan mendiang suaminya. Menariknya, ada adegan roh suami datang semula memberi nasihat pada isterinya,” katanya.

Hazan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang kerja produksi pernah mencipta nama sebagai pe?nyanyi kumpulan Scan ketika pada era 1990-an. Namun, dia kemudian beralih kerja produksi atas minat.

“Saya sendiri seronok bekerja dalam bidang seni seperti kerja produksi. Kerja dalam bidang ini perlu banyak bersabar, tetapi perlu mempunyai minat mendalam.

“Mungkin segelintir melihat orang yang kerja bidang seni seperti sampah apabila hanya penting apabila diperlukan. Namun, saya percaya kerja dengan cara berkarya sendiri lebih memberikan kepuasan,” katanya.




Sumber Dari Harian Metro