Sunday 12 June 2011

KL Gangster - Review, Sinopsis dan Trailer

KL Gangster merupakan filem terbaru di pawagam yang mula ditayangkan pada 9 Jun 2011 yang lalu. Banyak filem-filem sepanjang bulan ini antaranya Transformers, X-Men First Class, Green Lantern dan Po si Kung Fu Panda.


KL Gangster adalah filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof yang sebelum ini membintangi filem Khurafat, di mana dia juga adalah pelakon utama filem ini. KL Gangster penuh dengan aksi pergaduhan, aksi tembak menembak dan aksi kejar mengejar di kawasan bandar.

Watak utama filem KL Gangster adalah lelaki bernama Malek (Aaron Aziz) manakala watak jahat pula adalah Shark (lakonan Syamsul Yusof). Jai pula (lakonan Adi Putra) adalah adik kepada Malek yang berpihak kepada Shark.

Sinopsis:
KL GANGSTER berkisar tentang kehidupan hitam dua beradik bernama Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia gangsterisme. Malek (abang Jai) pernah dipenjarakan selama 5 tahun angkara dikhianati kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark, anak tiri King (ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL) Setelah dibebaskan, Malek bertekad untuk berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan sebagai ahli kongsi gelap.

Malek menjalani rutin kehidupan seperti ahli masyarakat yang lain di samping menjaga ibunya yang sudah tua tetapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar beliau menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih menaruh dendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan yang baru.

King mengarahkan orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya iaitu Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL. Lain pula cerita kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Jai sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai merupakan orang harapan Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai jugalah orang yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa tergugat dan tercabar.

Berbagai usaha dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan sikap Shark yang sentiasa mahu mencetuskan perbalahan membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

Dalam diam dan angkara terlalu tamakkan kuasa, Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark, puncanya adalah Malek. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Bermulalah konflik di antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Di manakah akan berakhir pertempuran mereka? Saksikan sendiri filem KL Gangster yang hebat ini.

0 comments:

Post a Comment