Thursday 2 June 2011

Program Turunkan Berat Badan Dengan Pantas

Apapun keadaan anda sekarang, saya yakin anda senang melihat tajuk di atas. Opps!! itu tidak bermakna saya salah. Saya benar-benar ingin berkongsi pengetahuan dan maklumat yang saya ada ini kepada anda semua, terutama bagi mereka yang memasang angan-angan untuk "kembali ramping" (Saya yakin banyak dari mereka yang bercita-cita untuk membentuk tubuh yang asal). Nampaknya saya telah berjaya meracuni fikiran anda. :) Selamat membaca!
Sebelum membaca lebih lanjut, saya sarankan anda untuk membaca dengan fikiran terbuka, kerana apa yang akan saya dedahkan bertentangan dengan beberapa pendapat yang popular dalam menurunkan berat badan. Berikut adalah panduan-panduan tersebut:

   1. Anda boleh mengambil makanan yang mengandungi lemak dan protein dalam kawalan total.
   2. Jumlah gula dalam satu hari hanya dibenarkan 15gm gula sahaja.
   3. Jumlah karbohidrat yang dibenarkan dalam satu hari tidak kurang dari 120gm.
   4. Karbohidrat yang anda ambil sebanyak 120gm dapat diselesaikan dalam 6 bahagian yang berasingan.
   5. Ini bermakna bahawa anda makan 6 kali sehari. Setiap kali anda makan, jumlah karbohidrat yang anda ambil adalah 20 g (6 x 20 = 120)
   6. Atau, jika anda ingin cepat kurus, ambil semua karbohidrat, jumlah 120gm, sehingga jam 3. Selepas waktu itu anda boleh belasah protein dan lemak.
   7. Minum banyak air masak.
   8. Amalkan dalam satu minggu, timbang berat badan anda dan anda pasti terkejut.
Ingat, program ini tidak memaksa rasa lapar anda. Bahkan, kelaparan tidak baik untuk menurunkan berat badan kerana ketika anda sedang lapar, tubuh akan menyimpan lemak dan tidak membakarnya. Kalau boleh, setiap 3 jam, kita harus makan sesuatu.Orang kata ‘snack‘. Makanlah sumber protein seperti kekacang sebagai snack dan minumlah air secukupnya. Ini akan menaikkan lagi kadar metabolisma badan yang akan membantu dalam membakar lemak. Dalam program ini, anda boleh makan ayam, daging, ikan dan sumber protein lain dengan banyak tanpa mengira kalori. Ya, yang merangkumi cip kegemaran anda sendiri, asalkan tidak berlebihan.

0 comments:

Post a Comment