Harimau Muda Menang Pingat Emas Sukan SEA 26

Skuad bawah 23 Malaysia (Harimau Muda) muncul pemenang pingat emas acara bolasepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta selepas menumpaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir.

Friday, 6 January 2012

BORAK LOKASI: Timba ilmu bersama pengarah berpengalaman

TERJUN dalam bidang pe?ngarahan tanpa pengalaman menuntut ilmu di menara gading, memberikan pengalaman baru dan menarik pada Aainaa Khairuldin atau Aina.Katanya, minat mencuba menjadi penolong pengarah hadir selepas dia mengikuti? jadual kerja pengarah berpengalaman, Faisal Ishak sebelum diberi peluang untuk mengarah sendiri. “Selama tiga tahun saya menjadi pembantu peribadi pada abang Faisal dan dari situ saya belajar selok-belok bidang pengarahan dan kerja produksi. “Saya mencuba bidang ini kerana minat mendalam dan selepas tiga tahun bekerja...

SOSEH SOSEH: Dedah rahsia silap mata

DUNIA hiburan ini bukan saja ada golongan penyanyi, pelakon dan pemuzik. Ia juga dimantapkan dengan kemunculan ahli sikap mata atau pakar ilusi yang bentuk persembahan mereka juga berteraskan hiburan.Kalau di barat ada Houdini, David Coperfield dan Mark Wilson, Malaysia juga ada beberapa ahli silap mata yang terkenal. Antara yang paling menonjol ketika ini adalah Amar yang juga seorang artis nasyid, peguam dan pakar motivasi. SS rasa sudah banyak persembahan silap mata dibuat Amar untuk tatapan masyarakat dan terbaru Amar tampil bersama sebuah...

SOSEH SOSEH: Isteri Lan bunting pelamin

WALAUPUN kita baru memasuki hari kelima dalam kalendar 2012, industri hiburan terus dihidangkan dengan pelbagai berita menarik.Antara yang SS dengar adalah perkhabaran gembira mengenai isteri penyanyi kumpulan A to Z, Lan, yang kini berbadan dua. Berita kehamilan itu disedari rakan SS yang menerusi laman facebook (fb), apabila Lan sendiri menaikkan status menyatakan mengenai berita gembira itu. Lantas, rakan SS terus menelefon Lan untuk berta?nyakan kebenaran cerita itu. Lan atau nama sebenar, Norazlan Abdul Aziz ketika dihubungi kedengaran ceria...

Syafiq gugat pengarah lain?

BERGELAR pengarah filem termuda di Malaysia, pasti ada yang masih memandang rendah atau mempertikaikan kemampuan Syafiq Yusof. Maklum saja, ketika mengarahkan filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu) tahun lalu, anak bongsu kepada pasangan Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail itu baru berusia 18 tahun. Ada yang cakap Syafiq mudah mendapat peluang kerana status ayahnya sendiri sebagai produser filem terkenal bahkan soal bajet bukanlah masalah besar bagi Skop Productions Sdn Bhd untuk menampungnya. Namun, saat mengikuti rombongan Skop Productions...

Azura ke pantai timur

PROMOSI filem amat penting untuk membantu kemunculan sesebuah filem. Filem Ombak Rindu contohnya mendapat lebih perhatian apabila pelakonnya sendiri sanggup turun padang berjumpa peminat.Terbaru, filem cinta yang tidak kurang hebatnya, Azura sedang memulakan rangka promosinya. Ia dibintangi Neelofa bersama Shah Jaszle. Sekalipun agenda seninya sangat padat, Neelofa contohnya tetap turun padang menjayakan siri jelajah dan karnival filem Azura yang akan menuju ke Mydin Mall, Kuala Terenganu bermula hari ini, 5 Januari hingga 7 Januari.Selain, Neelofa,...