Friday 9 December 2011

Harimau Muda Ke Australia

Australia  bakal menjadi tempat buat Harimau Muda meningkatkan kekuatan serta medan bagi mereka menimba pengalaman berkualiti sebelum menyertai saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan. Perjanjian diantara Malaysia dan Singapura yang dimeterai merupakan satu cara proaktif FAM dalam memberi pendedahan berterusan kepada Harimau Muda kerana Liga Singapura (Liga-S) turut disertai beberapa negara luar. Harimau Muda negara akan terbang ke Australia esok hari dan dijadualkan menentang kelab Sydney FC (13 Disember), Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets (19 Disember).

Latihan dan perlawanan di Australia selama 12 hari bakal memberi ruang buat Ong Kim Swee sebagai pengendali Harimau Muda untuk menguji pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini sebagai persiapan mengharungi baki aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan Zon Asia serta perancangan jangka panjang menjelang temasya Sukan SEA di Myanmar (2013) dan Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014. Akhir kata, Harimau Muda teruskan kecemerlangan anda di Australia kelak.

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment